SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER IBNU SINA
PERKHIDMATAN TV PENDIDIKAN (ASTRO)
Sebagai media pendidikan, TV turut memberi kesan dalam proses pembelajaran. Perkhidmatan TV Pendidikan (ASTRO)telah disediakan secara langsung atau secara “off-air”. Penggunaan secara langsung ini biasanya digunakan di Pusat Sumber secara tempahan . Perkhidmatan secara “off-air” boleh digunakan bila-bila masa yang difikirkan sesuai kerana rancangannya telah dirakamkan terlebih dahulu.
Setiap rancangan yang digunakan oleh guru-guru dan murid-murid sama ada secara langsung atau secara “off-air” mesti dicatatkan di dalam Buku Rekod Penggunaan TV Pendidikan. Rekod ini dapat membantu pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah mengetahui tahap penggunaan program media ini.