SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER IBNU SINA
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Perkhidmatan ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru dan murid-murid SMKTLS mendapatkan maklumat-maklumat tambahan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Ia juga bertujuan mengadakan kemudahan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza-beza. Semua maklumat yang diperolehi terutamanya buku-buku adalah diproses dan diklasifikasikan mengiku Sistem Perpuluhan Dewey dan dikatalog supaya mudah dikesan oleh pengguna. Rak-rak buku dilabel mengikut bidang ilmu tertentu supaya dapat dilihat dengan jelas.
Pusat Sumber Ibnu Sina menggunakan Sistem pinjaman yang adil dan saksama. Buku-buku biasa bolehlah dipinjam dan dibawa balik oleh guru-guru dan murid untuk tempoh yang telah ditetapkan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakn bagi menghidupkan suasana di Pusat Sumber Sekolah. Tiap-tiap kelas diberi peluang menggunakan perkhidmatan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada waktu persekolahan.
Walaubagaimanapun , penggunaa Pusat Sumber adalah tertakluk kepada Sistem Tempahan Menggunakan Jadual Tempahan Pusat Sumber yang telah di persetujui bersama.