SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER IBNU SINA
KAUNTER SIRKILASI & SISTEM EDARAN BAHAN-BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
PUSAT SUMBER IBNUSINA MENGGUNAKAN SISTEM AUTOMASI ALIA DI KAUNTER SIRKULASI
WAKTU OPERASI :
ISNIN -KHAMIS : 7.30-4.30 PETANG
JUMAAT : 7.30-1.00 TGH
Pinjaman Jangka Pendek
Pinjaman buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen serta bahan-bahan pengajaran ringan. Pinjaman ini terbahagi kepada 2 jenis:
1.PINJAMAN INDIVIDU
Iaitu dengan menggunakan kad pinjaman individu. Pinjaman ini dibolehkan dalam masa satu minggu ( tidak termasuk cuti sekolah). Pengguna boleh meminjam sesuatu bahan setelah diperbaharui tarikh pinjaman selepas seminggu.
2. PINJAMAN BERKELOMPOK
Pemilihan buku-buku yang sesuai di perpustakaan akan dibuat mengikut bilangan pelajar di kelasnya dengan menggunakan bekas/kotak khas. Guru-guru kelas akan melakukan pinjaman secara kelompok. Guru kelas ini adalah bertanggungjawab ke atas buku-buku tersebut.
Pinjaman Terhad
Pinjaman terhad adalah pinjaman buku-buku atau bahan-bahan bukan buku yang boleh dibuat hanya di dalam Pusat Sumber sahaja. Tidak ada kelulusan untuk pinjaman jangka pendek. Ia adalah untuk pinjaman buku-buku rujukan, buku rak tertutup dan bahan-bahan media teknologi.
Pinjaman BBM
Kemudahan ini adalah dikhususkan kepada guru-guru sahaja untuk tujuan pengajaran. Pinjaman barangan ini terhad untuk jangkamasa satu hari sahaja dan perlulah direkodkan ke dalam buku rekod yang disediakan di bilik BBM.
Penggunaan alatan AUDIO-VISUAL
Kemudahan ini adalah untuk pengguna secara berkelompok atau individu. Seseorang pengguna atau sekumpulan pengguna boleh memperolehi apa sahaja bahan audio dan video untuk diikuti. Guru-guru misalnya boleh membawa pelajar-pelajar untuk menonton tayangan video, slaid, filem, mendengar rakaman kaset dan seumpamanya. Individu juga boleh berbuat demikian. Pihak Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan satu bilik khas iaitu bilik tayangan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan alatan audio-visual.
SISTEM AUTOMASI PSS ALIA
SISTEM AUTOMASI PSS
PENDAHULUAN
Sistem yang digunakan di sekolah ialah ALIA
14.1 PENGENALAN
Rasional menggunakan sistem automasi.
Masalah pinjaman dan pemulanganbuku.
Masalah yang timbul dikaunter ketika proses pinjaman dan pemulangan
mengambil masa yang lama untuk mencari kad keahlian semasa proses pemulangan. Ini menyebabkan keadaan di kaunter menjadi sesak.
Kad keahlian kerap kali tidak berada pada ruangan simpanan yang betul. Ini menyebabkan pengawas PSS tidak dapat mencari kad tersebut dan terpaksa memeriksa kad ahli tersebut di ruangan kelas lain.
Kad pulangan ‘ due date’ yang tidak dimasukkan dengan betul oleh pengawas bertugas akan menimbulkan kekeliruan ketika buku tersebut hendak dipulangkan.
Kad ahli sentiasa hilang di kaunter dan pihak perpustakaan terpaksa menggantikan kad tersebut.
Kad pulangan yang sentiasa hilang atau tidak dimasukkan dengan betul ke dalam poket buku yang sepatutnya.
Pusat Sumber Ibnu SIna menggunakan Aplikasi Sistem Peminjaman dan Pengkatalogan Buku Berkomputer atau nama ringkasnya ALIA mulai pada tahun 2014.