SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER IBNU SINA
Anugerah Pengetua diperkenalkan sebagai bentuk penghargaan khusus kepada murid yang mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, sukan, dan sahsiah. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf usaha, dedikasi, dan pencapaian murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang, sekaligus meningkatkan motivasi dan keyakinan mereka. Pada hari ini, Anugerah Pengetua diberikan kepada murid yang meraih 7A ke atas sebagai dorongan untuk calon-calon SPM terus berusaha mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan sebenar.
Dengan adanya Anugerah Pengetua, ia menjadi penanda aras untuk murid-murid lain lebih bersemangat mencapai tahap yang sama atau lebih tinggi. Melalui penghargaan ini, sekolah turut memupuk budaya persaingan sihat dalam kalangan murid, menggalakkan mereka mencontohi sikap positif, kerajinan, dan tanggungjawab dalam pembelajaran. Di samping itu, aspek pembangunan sahsiah dan karakter murid yang memiliki sifat insan karamah juga dapat ditonjolkan.
Secara keseluruhan, Anugerah Pengetua bukan sahaja satu bentuk penghargaan, malah berfungsi sebagai alat untuk mencapai visi pendidikan yang lebih luas, iaitu melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, dan bermaruah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan konsep Pendidikan Madani, anugerah ini memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga memiliki nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, sejajar dengan aspirasi negara untuk membentuk masyarakat berilmu dan berakhlak.
TAHNIAH .....
ANUGERAH PENGETUA 2024
SEMOGA BEROLEH KECEMERLANGAN DALAM SPM 2024
PESANAN KHAS BUAT ANAK-ANAK SPM 2024
Berusaha bersungguh-sungguh - Jangan pernah berputus asa walaupun berhadapan dengan cabaran.
Kuatkan iman dan doa - Sentiasa memohon keberkatan dan pertolongan Allah SWT.
Jaga kesihatan dan emosi - Penting untuk memastikan tubuh badan dan minda berada dalam keadaan terbaik.
Jaga hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan - Dapatkan sokongan moral daripada mereka yang menyayangi anda.
MEMPERKASA KEMAHIRAN KALIS
MASA HADAPAN
Sekalung Tahniah kepada Guru-guru yang telah dianugerahi dengan anugerah Khas
Semepena Hari Guru Peringkat Sekolah 2021