SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER IBNU SINA
PUSAT SUMBER SEKOLAH TS25
Pusat Sumber Ibnu Sina mula dibuka untuk kunjungan seawal pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen (SMKTLS) pada tahun 2010 lagi. Ia dirasmikan oleh raja puan muda Perlis, DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada 19 Januari 2012. Dengan motto ‘PSS berintensiti, pelajar berprestasi tinggi’, pusat sumber yang berkonsepkan minimalis dan santai ini bukan sahaja berjaya mendapat tempat di hati para pelajar SMKTLS, malah ia juga turut menarik perhatian orang awam yang berkunjung ke sekolah menengah ini. Pusat Sumber Ibnu Sina memegang visi dan misi yang sangat tinggi iaitu untuk menjadi PSS yang cemerlang dan unggul di negeri Perlis serta menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, guru dan staf SMKTLS selaras dengan kemajuan teknologi informasi global untuk menjana insan cemerlang dan holistik bertaraf dunia. Pusat sumber ini beroperasi setiap Isnin hingga Khamis seawal jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala pada hari Jumaat ia dibuka pada jam 7.30 pagi sehingga jam 1.30 petang.
Walaupun saiz pusat sumber ini agak kecil berbanding pusat sumber sekolah yang lain, namun keunikan konsepnya dan inovasi telah yang dilakukan menjadikan pusat sumber ini menarik untuk dikunjungi sekaligus mengoptimumkan penggunaannya. Antara inovasi yang dilakukan termasuklah ruang bacaan santai dan ‘Ibnu Sina Read & Rest Café’. Ruang bacaan santai ini disediakan bertujuan memberikan keselesaan kepada para penggunanya ketika membaca selain bagi mengetengahkan konsep minimalis pusat sumber ini. Beberapa buah sofa mini yang empuk disediakan bersama dengan beberapa biji bantal agar para pelajar dapat membaca dan membuat perbincangan dengan selesa. Selain itu, sebuah televisyen yang menawarkan rancangan berunsurkan pendidikan tajaan Kampus Astro juga disediakan di ruang bacaan ini bagi membantu pembelajaran murid selaras dengan misi transformasi pendidikan negara. Di samping itu, Ibnu Sina Read & Rest Café yang dibuka secara rasminya dalam bulan Jun tahun 2018 ini juga merupakan salah satu inisiatif terbaharu pihak sekolah bagi menggalakkan lagi kunjungan para pelajar ke pusat sumber ini. Terdapat pelbagai jenis makanan barat yang disediakan termasuklah piza, makaroni, dan minuman coklat yang lazat lagi menyegarkan disediakan di café yang juga berkonsepkan minimalis ini.
Pusat Sumber Ibnu Sina turut menganjurkan banyak aktiviti yang menarik dan menghiburkan bagi memaksimumkan lagi penggunaannya. Antara aktiviti yang menjadi program tahunan sekolah termasuklah Pelancaran Program Nilam, Program Kem Membaca 1 Malaysia, Projek Papan Tanda Pembestarian Sekolah, Jualan Buku dan Kempen Beli dan Derma Buku kepada PSS manakala aktiviti-aktiviti seperti Membaca Amalan Sihat, Pameran Bertema, Token for Book, dan Projek Kelas PA 21 dijalankan sepanjang tahun di SMKTLS
Selain itu, Pusat Sumber Ibnu Sina juga terlibat dengan aktiviti pinjaman berkelompok dari Perpustakaan Awam Negara (Cawangan Perlis) pada minggu ke-4 setiap bulan. Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak juga disediakan pada setiap hari Rabu, jam 2.30 – 3.30 petang. Pada tahun ini, Pusat Sumber Ibnu Sina turut menganjurkan Pertandingan Fotografi Peringkat Sekolah dengan bertemakan ‘Sambutan Kemerdekaan di Sekolah’ sempena gabungan Unit Media dan Fotografi di bawah organisasi pusat sumber sekolah.
Sepanjang perkhidmatannya selama lebih kurang 10 tahun, Pusat Sumber Ibnu Sina telah berjaya meraih pelbagai anugerah yang bukan sahaja membanggakan sekolah, malah menaikkan nama SMKTLS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pusat sumber ini pernah merangkul Anugerah 5 Bintang pada tahun 2013 dan 2014. Selain itu, Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri juga berjaya diraih oleh pusat sumber ini selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2015, 2016 dan 2017. Pusat Sumber Ibnu Sina juga telah merangkul Anugerah Sekolah Aktif bersama-sama Perbadanan Perpustakaan A wam Negeri Perlis 2018 selain mendapat Naib Johan dalam Anugerah Pembestarian Sekolah 2018. Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh pusat sumber ini menjadikannya tumpuan banyak sekolah sama ada di dalam mahupun luar negara menyebabkannya banyak mendapat kunjungan dari sekolah-sekolah lain.
Kini pada tahun 2020, Pusat Sumber terus mengorak langkah menobatkan dirinya sebagai Pusat Sumber Tranformasi Sekolah . Dengan itu, bermulalah penerokaan baharu dalam mendepani cabaran arus pendidikan yang bersifat digital dan global.
#09Educators
Go Hard Or GO HOME
Tahun 2020 & 2021 mencatat sejarah dalam sistem Pendidikan Malaysia apabila Negara dilanda wabak penyakit berjangkit COVID-19. Kesan daripada itu, bukan sahaja Sistem Pendidikan Negara terkesan malah seluruh negara menjadi lumpuh apabila semua negeri di Malaysia terpaksa di Lockdown. Semua aktiviti harian dihadkan dan tutup bagi menghalang penularan wabak penyakit berjangkit yang mengakibatkan jumlah kematian yang meningkat setiap hari.
Rentetan itu, KPM telah mengishtiharkan PDPR bagi memastikan kelangsungan sisitem pendidikan. Justeru, bagi menyokong pembelajaran dirumah pelbagai langkah proaktif telah diambil ileh Pusat Sumber Sekolah bagi memastikan semua aktiviti dan program berjalan lancar dan mencapai KPI yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, Pusat sumber telah menyediakan Rak Maya Sekolah bagi menyediakan bahan bacaan digital bagi aktiviti NILAM dan galakan Membaca, Telegram Bahan, Pertandingan secara atas talian , Bengkel Kemahiran Teknologi dan ICT kepada pelajar dan Murid dan bermacam-macam lagi .
Antara Pencapaian Pusat Sumber Ibnu Sina bagi tahun 2020 & 2021 ialah JOHAN NILAM kumpulan Kategori BM Peringkat Kebangsaan, Perbentangan Amalan Terbaik PSS 2021 KOLOKIKIUM Peringkat Kebangsaan, Perbentangan Kajian Tindakan Terbaik PSS IAB 2021. Penyertaan NILAM Peringkat Kebangsaan 2021.
Revolusi industri 4.0 telah memberi impak yang drastik dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk dalam dunia pendidikan. Perkembangan teknologi yang begitu pesat telah mengubah lanskap pembelajaran secara signifikan. Pada tahun 2022, integrasi teknologi dalam pendidikan semakin intensif, terutama didorong oleh pandemi COVID-19 yang mengharuskan pembelajaran dilakukan secara jarak jauh.
Pembelajaran jarak jauh menjadi tren utama dalam pendidikan pada tahun 2022. Platform pembelajaran online, aplikasi pendidikan, dan video konferensi menjadi alat utama dalam proses belajar-mengajar. Selain itu, teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), dan realiti terimbuh (AR) juga mulai dimanfaatkan untuk menciptakan pengalaman belajar yang lebih interaktif dan menarik.
Seiring dengan perkembangan teknologi, pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) semakin mendapat perhatian. STEM dianggap sebagai kunci untuk mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran masa depan. Banyak sekolah telah mengintegrasikan elemen STEM ke dalam kurikulum mereka melalui projek-projek yang berasaskan STEM.
Bagi menyahut cabaran tersebut, Pusat sumber sekolah tidak lagi hanya berfungsi sebagai tempat penyimpanan buku dan bahan bacaan,malah juga sebagai pusat pembelajaran yang dilengkapi dengan berbagai sumber pembelajaran digital dan non-digital. Pusat sumber sekolah berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan bagi mendukung kegiatan pembelajaran berasaskan projek , dan melatih guru dalam memanfaatkan teknologi untuk pembelajaran.
Bagi mendukung penkembangan STEM di sekolah juga , pusat sumber sekolah telah menyediakan koleksi buku dan sumber digital berkaitan STEM. Selain itu, pusat sumber sekolah juga menyediakan kemudahan penggunaan ruang khas yang diberi nama " WORKSHOP JUNIOR MAKERS" bagi mengalakkan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti dan pertandingan melibatkan STEM bagi membolehkan mereka membuat eksperimen, projek yang boleh mengembangkan keterampilan murid berpikir secara kritis dan kreatif.
Pusat Sumber juga telah memgambil inisiatif bersama Panitia RBT melakukan kolaberatif bersama Institute Electronic Engineering Malaysia Chapter (IEEE CAS Malaysia) serta MICTEC UNIMAP sebagai satu langkah memberi pendedahan awal kepada murid dalam bidang kejuruteraan Elektronik supaya pengetahuan asas mereka semakin kukuh.
Hail daripada perkembangan tersebut, pelbagai pencapaian telah dicapai peringkat sekolah, Negeri mahupun Kebangsaan dan Antarabangsa antaranya :
PERBENTANGAN KOLOKIUM AMALAN AMALAN TERBAIK PUSAT SUMBER SEKOLAH : GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 ANUGERAH EMAS
PERTANDINGAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT ZON KATEGORI BAHASA INGGERIS- NAIB JOHAN
PERTANDINGAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT ZON KATEGORI BAHASA MELAYU- TEMPAT KETIGA
PERTANDINGAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI KATEGORI BAHASA INGGERIS- TEMPAT KE-EMPAT
PERTANDINGAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI KUMPULAN- KELIMA
PERTANDINGAN BICARA BUKU PERINGKAT NEGERI KATEGORI BAHASA MELAYU- KELIMA
PERTANDINGAN BICARA BUKU PERINGKAT NEGERI KATEGORI BAHASA INGGERIS- KELIMA
PERTANDINGAN VIDEO SEKOLAH MAGNET- PLATINIUM
AKTIVITI-AKTIVITI STEM yang telah berjaya dilaksanakan ialah Bengkel Asas Adriuno, Bengkel Asas IOT dan Bengkel Asas Robotik dan juga Perkongsian Pintar bersama Ass, Prof. Dr. Asral Bin Bahari Jambek . Ketua COE Mictec.