SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER IBNU SINA
DELIMa 2.0 merupakan penjenamaan semula kepada MOE Digital Learning yang sedia ada. Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa 2.0) merupakan pelantar bagi semua keperluan pendidikan.
Melalui DELIMa 2.0 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan sumber, panduan dan maklumat untuk murid, guru dan ibu bapa untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu supaya tiada murid yang ketinggalan.
Secara ringkasnya DELIMa 2.0 adalah ;
Pelantar pembelajaran digital KPM
Mengupaya semua sekolah di bawah kpm menjadi sebahagian ekosistem pembelajaran digital mulai tahun 2019
Boleh diakses merentasi semua sekolah dan tahap dengan satu id
Perisian percuma di bawah lesen pendidikan khas untuk semua murid dan guru
Gerbang kepada pelbagai kandungan yang dibangunkan dan dikongsikan oleh guru dan murid seluruh negara
Kelebihan Delima
Akses ke kelas dalam talian
Muat turun buku teks digital
Menggunakan pelbagai alat berkomunikasi dengan guru dan murid lain
Menggunakan id yang sama dari sekolah rendah hingga ke peringkat matrikulasi
Berkongsi dan muat turun pelbagai bahan pembelajaran
Untuk log masuk, sila ikuti langkah berikut:
Layari portal https://d2.delima.edu.my
Tandakan (/) pada kotak ‘Accept Terms & Conditions’
Klik butang ‘Click Here To Login’
Masukkan Username dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.