SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER IBNU SINA
PENDAHULUAN:
Pembelajaran Abad Ke 21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan terutama pembelajaran kearah berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Kesemua elemen diatas adalah sangat penting bagi melahirkan pelajar yang berfikiran secara kreatif, proaktif dan prodaktif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua..
Justeru sebagai pemangkin kepada usaha tersebut , Pusat Sumber sekolah dengan kerjasama komuniti setempat telah mengambil inisiatif meningkatkan pengetahuan dan penguasaan pelajar kearah Pembudayaan STEM dalam Pendidikan keraha Penguasaan Teknologi dan Aplikasi melalui JUNIOR MAKER’S . Melalui Projek ini pelajar akan didedahkan secara mendalam ilmu-ilmu asas dalam bidang Elektronik, Fizik, Kimia, Math mahupun Sains serta Rekabentuk sebagai satu usaha dalam memberi galakkan dan pendedahan awal kepada pelajar bagi menarik minat pelajar dalam menerokai dan mencipta idea-idea baharu berkaitan teknologi semasa sesuai seiring dengan kemahiran Pembelajaran Abad 21