Google Classroom adalah kelas maya anda. Google Classroom membolehkan guru memberi tugasan serta anda boleh menghantar tugasan tersebut. Melalui Google Classroom, anda juga boleh berinteraksi bersama-sama rakan sekelas dan guru di mana jua anda berada!

Ikuti 3 langkah mudah menggunakan Google Classroom.

Masuk ke Kelas Anda

Akses ke Google Classroom akan diberikan oleh guru anda. Tonton video di bawah untuk mengetahui TIGA CARA untuk menyertainya.

Peringatan! Google Classroom hanya boleh diakses menggunakan akaun e-mel m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my anda!

CARA 1: Melalui pautan

Langkah 1: Klik pautan kelas yang dikongsi oleh guru anda.

Langkah 2: Pilih akaun yang anda gunakan untuk Google Classroom.

Langkah 3: Klik 'Join'.

CARA 2: Melalui 'Class Code' 

Langkah 1: Pergi ke classroom.google.com.

Langkah 2: Di bahagian atas, klik 'Join class +'.

Langkah 3: Masukkan kod yang dikongsi oleh guru anda.

Langkah 4: Klik 'Join'.

CARA 3: Melalui Email Invitation dari guru

Langkah 1: Buka e-mel yang anda gunakan untuk Google Classroom.

Langkah 2: Di dalam e-mel tersebut, klik 'Join'.


Semak dan Hantar Tugasan Anda

"Pada era digital ini, guru anda ada pilihan untuk memberikan tugasan secara paperless". 

Buku teks serta buku aktiviti boleh diperolehi dalam bentuk digital. Google Classroom membantu anda menyiapkan semua tugasan dalam talian tanpa memerlukan pen, pensil, kertas atau buku nota. 

📋 Semak Senarai Tugasan

Anda boleh melihat senarai tugasan yang diberikan oleh guru.

📤 Hantar Tugasan

Berinteraksi Bersama-Sama Guru dan Rakan Sekelas

"Dalam kelas di sekolah tadi, guru anda ada menyuruh murid-murid membawa kertas warna untuk kelas esok. Tapi anda tak pasti warna apa dan berapa banyak".

Walaupun di luar waktu persekolahan, anda masih boleh bertanya kepada rakan sekelas dan juga guru dengan menggunakan Google Classroom melalui fungsi Stream.

Peringatan! Fungsi Stream ini hanya boleh digunakan setelah guru anda enable fungsi tersebut


Gunakan Announcement untuk bertanya soalan kepada guru dan rakan sekelas.

Gunakan ruangan Class comments untuk berinteraksi