Google Sheets membolehkan anda membuat senarai tugasan, rancangan projek dan menganalisis data.
Ikuti 5 langkah mudah menggunakan Google Sheets.
Pastikan anda mempunyai akses ke Google Form sama ada melalui Google Drive ataupun dari DELIMa. Jika belum, kembali ke muka utama Bahagian 2 untuk lihat cara mendapatkan akses.
Google Sheets mempunyai kotak-kotak yang dipanggil cell. Kotak-kotak ini disusun mengikut jalur dan baris.
Letakkan tajuk pada Google Sheets anda.
Bahagian berhuruf ialah Column atau jalur.
Bahagian bernombor adalah Row atau baris.
Klik pada ikon + untuk tambah helaian atau tab pada Google Sheets anda.
Dengan Google Sheets, anda boleh tetapkan format supaya data anda menarik untuk dilihat dan tidak mengelirukan.
Klik "Format" dan pilih "Number".
Klik "Currency" dan anda telah menetapkan format nombor yang selari.
2. Warnakan 'Columns/Rows'
Sorotkan jadual data anda.
Klik ke Format > Alternating colors.
Pilih salah satu stail yang disediakan.
Nak belajar lebih lagi mengenai format Google Sheets?
3. Warnakan helaian (tab)
i) Klik kanan berhampiran nama tab atau klik segi tiga kecil berhampiran nama tab.
ii) Gerakkan kursor anda pada 'Change color', dan palet warna akan muncul.
iii) Klik pada warna yang anda mahu tab anda.
i) Pilih 'cell' atau 'range' yang anda mahu ketengahkan.
ii) Klik 'ctrl + shift + e'.
Kira menggunakan formula dalam Google Sheets
Seperti kalkulator, Google Sheets boleh membantu anda menyelesaikan pelbagai operasi Matematik, contohnya tambah, tolak, bahagi, darab dan lain-lain.
Ini adalah senarai simbol asas yang boleh digunakan serta contoh penggunaannya.
Contoh penggunaan simbol + untuk menambah nilai nombor pada baris yang sama.
Lihat contoh di bawah untuk penggunaan formula dalam Google Sheets.
Untuk cari jumlah nilai dari senarai atau baris nombor, gunakan formula =sum( )
Jika anda ingin mencari purata untuk data anda, gunakan formula =average( )
Sebelum anda teruskan, jom lakukan aktiviti di bawah.
Seperti aplikasi Google lain, anda juga boleh kongsikan Google Sheets yang sedang anda lengkapkan dengan rakan-rakan dan guru tanpa perlu memuat turun.
Anda juga boleh menetapkan jenis akses yang boleh diberikan:
Viewer: Akses ini hanya membenarkan orang lain untuk melihat dokumen anda tanpa membuat apa-apa suntingan yang boleh mengubah isi kandungan dokumen.
Commenter: Akses ini hanya membenarkan orang lain untuk meninggalkan komen tanpa membuat apa-apa suntingan yang boleh mengubah isi kandungan dokumen.
Editor: Akses ini membenarkan orang lain untuk membuat suntingan dan mengubah isi kandungan dokumen.
Untuk kongsikan Google Sheets anda, klik pada butang .Share di bahagian atas kanan.
Anda ada 2 pilihan untuk kongsikan dokumen.
Pilihan 2: Dapatkan pautan dokumen.
Pilih siapa yang boleh menerima pautan di bawah General Access.
Pilih jenis akses yang ingin diberikan (Viewer, Commenter atau Editor).
Kadang kala, semasa kita membuat kerja, kita perlukan pendapat orang lain untuk pastikan kerja yang kita lakukan adalah yang terbaik. Anda boleh memberi pendapat atau meminta pendapat dari rakan mengenai kerja yang anda lakukan melalui chat dan komen.
Kalau bosan buat kerja sorang-sorang, anda juga boleh buat kerja bersama dengan rakan anda secara maya!
Jika ahli kumpulan anda sedang aktif pada Google Sheets anda, ikon akaun mereka akan menjelma di bahagian atas. Klik pada ikon 💬 Chat untuk berinteraksi dengan mereka. Ikon Chat ini tidak akan berfungsi jika tiada orang lain yang sedang membuka dokumen anda.
Anda boleh memberikan komen untuk penambahbaikan supaya ahli kumpulan lain dapat memperbaiki isi kandungan dokumen sepanjang anda menyiapkan tugasan bersama.
3. Tag rakan anda menggunakan alamat emel supaya mereka menerima notifikasi jemputan.