Anda boleh menggunakan Google Form untuk menilai pembelajaran anda sendiri dan menetapkan matlamat pembelajaran. Selain itu, anda juga boleh menjalankan tinjauan dalam talian menggunakan Google Form!

Apakah contoh lain penggunaan Google Form? Jom kita dengar dari cikgu-cikgu kita!

Ikuti 4 langkah mudah menggunakan Google Forms.

Buka Google Form

Pastikan anda mempunyai akses ke Google Form sama ada melalui Google Drive ataupun dari DELIMa. Jika belum, kembali ke muka utama Bahagian 2 untuk lihat cara mendapatkan akses.

Contoh:

Berkongsi akses

Anda juga boleh kongsikan akses kepada rakan-rakan supaya mereka boleh menambah dan menyunting soalan pada Google Form anda.

Kongsi pautan Google Form

Di zaman moden kini, anda tidak perlu mencetak borang lagi untuk diedarkan. Responden anda boleh mengisi borang ini secara dalam talian! Anda hanya perlu kongsikan pautan Google Form anda dengan mereka. 

Semak respons yang diperolehi

Setelah menerima respons, anda boleh semak hantaran borang ini melalui Google Form. Tidak perlu muat turun sebarang fail kerana semua respons telah pun dikumpulkan dalam Google Form. Anda juga boleh mencipta Google Sheet baru untuk menganalisa data yang diterima.