Dalam modul ini, anda boleh mencipta kalendar digital menggunakan Google Calendar.

Pengenalan

Pengurusan masa adalah kemahiran penting di dalam dan luar sekolah. Apabila anda dapat menguruskan masa, anda boleh merancang aktiviti lebih awal dan menyelesaikan tugasan tepat pada masanya.

Bagaimana untuk mula?

Jadual waktu, agenda atau kalendar ialah alat yang boleh membantu anda mengatur dan mengutamakan tugasan untuk menyelesaikan kerja tepat pada masanya. 

"Ada di antara kita yang menggunakan buku nota untuk menulis jadual waktu mereka. Ada juga yang menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar".

Guna Google Calendar untuk urus masa anda!

Untuk melengkapkan modul ini, anda akan menggunakan Google Calendar untuk: 

🎒Masukkan Jadual Waktu Sekolah dalam Google Calendar

Arahan 1: Untuk mula, log masuk ke akaun Google anda. 

Arahan 2: Teroka dan kenali Google Calendar

Arahan 3: Masukkan waktu sekolah dalam kalendar anda.

Giliran anda pula untuk cuba!


Arahan tugasan:

📑 Masukkan Jadual Tugasan dalam Google Calendar

Anda melakukan banyak perkara yang berbeza setiap hari. Anda mempunyai kerja sekolah, aktiviti sekolah, masa bersama-sama keluarga, rakan, diri sendiri dan banyak lagi. Ini semua tugasan penting yang boleh anda tambahkan dalam kalendar anda.

Arahan

Giliran anda pula untuk cuba!


Arahan tugasan:

🔔 Tambah Reminder dalam Google Calendar

Peringatan atau reminder membantu anda bersedia untuk sesuatu yang telah dirancang dan dijadualkan. 

Kenalpasti event yang memerlukan peringatan. Contohnya tugasan pembentangan dalam kelas yang akan datang atau peringatan untuk membawa beberapa peralatan seni pada hari persekolahan tertentu. Cari tarikh dalam kalendar pada bila-bila sahaja sebelum event pilihan anda.

Arahan

Giliran anda pula untuk cuba!


Arahan tugasan:

Susun atur masa anda

Kalendar membantu anda merancang masa dan menjejak kerja sekolah dan aktiviti peribadi.


Menjadi seorang yang pandai menguruskan masa adalah kemahiran yang akan digunakan sepanjang hidup sama ada di sekolah, rumah, atau untuk kerjaya masa hadapan anda.


Apabila anda tahu apa yang anda perlu lakukan dan apa yang anda perlu sediakan, anda akan lebih berjaya.