Bayangkan ruang meja kerja anda. Meja kerja anda ada fail, buku, dokumen, kertas dan sebagainya. Sebelum anda boleh memulakan kerja, anda perlu pastikan ruang kerja anda kemas dan tersusun.
Sama juga dengan ruang kerja digital, kita boleh menyusun bahan-bahan digital kita menggunakan Google Drive.
Apa yang menarik tentang Google Drive?
Ikuti 5 langkah mudah menggunakan Google Drive.
Log masuk ke Google Drive
Untuk akses ke Google Drive, pastikan anda mempunyai akaun e-mel google peribadi atau e-mel moe-dl serta kata laluan yang betul. Ikuti langkah di bawah untuk kebenaran akses.
Ingat! Kata laluan anda adalah maklumat peribadi yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain.
Cara log masuk ke Google Drive
Anda boleh mencipta dokumen dari dalam Google Drive. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat slaid pembentangan, klik New dan pilih Google Slides.
Muat naik fail atau folder daripada komputer ke Google Drive
Jika hasil kerja anda telah disimpan dalam komputer peribadi, anda boleh muat naik fail tersebut ke dalam Google Drive mengikut langkah seperti berikut:
Pilih 'File upload' atau 'Folder upload'.
Klik pada fail atau folder anda.
Muat turun fail atau folder daripada Google Drive
Semua fail atau folder yang ada dalam Google Drive boleh dimuat turun ke dalam komputer. Ikuti langkah seperti berikut:
Halakan kursor pada dokumen yang anda ingin muat turun.
Right klik pada butang tetikus dan pilih Download.
Jika anda bekerja dalam kumpulan dan ahli kumpulan anda memerlukan akses kepada dokumen dan fail yang sama, anda boleh kongsikan akses kepada mereka. Dengan cara ini, anda boleh siapkan tugasan bersama-sama secara maya!
Halakan kursor pada dokumen yang ingin anda kongsikan.
Right klik pada butang tetikus dan pilih Share.
Masukkan e-mel rakan anda.
Susun atur ruang kerja digital anda dengan Google Drive hari ini!