Kini, anda boleh membuat pembentangan visual menarik bersama dengan visual menggunakan Google Slides! Membina bahan pembentangan juga menjadi lebih mudah apabila anda boleh dilakukan bersama ahli kumpulan secara dalam talian daripada mana-mana peranti.
Anda boleh memasukkan gambar, video, gif dan juga animasi dalam kandungan dalam Google Slides anda untuk pembentangan yang menarik.
Ikuti 4 langkah mudah menggunakan Google Slides.
Pastikan anda telah mempunyai akses ke Google Slides sama ada melalui Google Drive atau DELIMa. Jika belum, sila kembali ke muka utama Bahagian 2 untuk melihat cara mendapatkan akses.
Berikut adalah ciri-ciri asas pada Google Slides:
Tajuk
Tambah slaid
Panel slaid
Ruangan suntingan
Tema
Kongsi slaid dengan rakan dan guru
Ada pembentangan berkumpulan? Jangan risau. Kongsikan slaid anda dengan ahli kumpulan untuk mencipta bahan pembentangan bersama.
Anda juga boleh menetapkan jenis akses yang boleh diberikan:
Viewer: Akses ini hanya membenarkan orang lain untuk melihat dokumen anda tanpa membuat sebarang suntingan yang boleh mengubah isi kandungan dokumen.
Commenter: Akses ini hanya membenarkan orang lain untuk meninggalkan komen tanpa membuat sebarang suntingan yang boleh mengubah isi kandungan dokumen.
Editor: Akses ini membenarkan orang lain untuk membuat suntingan dan mengubah isi kandungan dokumen.
Untuk berkongsi Google Slides anda, klik pada butang .Share pada bahagian atas kanan paparan.
Anda mempunyai 2 pilihan untuk berkongsi dokumen.
Pilihan 1: Gunakan e-mel.
Pilihan 2: Dapatkan pautan dokumen.
Pilih penerima di bawah General Access.
Pilih jenis akses yang ingin diberikan (Viewer, Commenter atau Editor).
🏹Sebelum kita teruskan, jom cuba aktiviti di bawah untuk menguji pemahaman anda!
Padankan deskripsi kepada ruangan Google Slides dengan menarik dan melepaskan penunjuk dalam kotak berwarna ke tempat yang betul pada imej.
Sekarang, anda boleh berkolaborasi secara aktif dalam talian bersama ahli kumpulan anda!
Jika ahli kumpulan anda sedang aktif pada dokumen tersebut, ikon akaun mereka akan terpapar pada bahagian atas. Klik pada ikon Chat untuk berinteraksi dengan mereka. Ikon Chat ini tidak akan berfungsi jika tiada orang lain yang berada dalam dokumen tersebut.
Anda juga boleh memberikan komen atau cadangan penambahbaikan supaya ahli kumpulan lain dapat memperbaiki isi kandungan dokumen sepanjang masa anda menyiapkan tugasan bersama.
3. Tag rakan anda menggunakan alamat e-mel supaya mereka menerima notifikasi e-mel.
Untuk melihat semua komen yang diberi, klik pada ikon kotak dialog 💬 di atas kanan paparan. Kemudian klik ikon loceng notifikasi 🔔
Slaid telah siap! Tiba masa untuk membuat pembentangan! Dengan Google Slides, anda boleh terus membuat pembentangan tanpa perlu memuat turun slaid anda.
Apabila bersedia untuk membentang, klik pada butang Slideshow pada bahagian atas kanan paparan.
Jika anda mempunyai slaid yang ingin disembunyikan, pilih Skip slide tanpa perlu memadam slaid tersebut.
Klik pada slaid yang ingin disembunyikan.
Klik Slide pada bahagian bar atas.