ALBUM KENANGAN PANITIA 

AHLI PANITIA PJK 2021-2024

KARNIVAL SEGAK SKSS 2024 PENGGAL 1

TAKLIMAT SEGAK 2023

TARIKH: 8 JUN 2023

KARNIVAL UJIAN SEGAK ( STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN) FASA 1/2023

TARIKH: 13 JUN 2023

PLC 1 PANITIA PJK: PEMBUGARAN SEGAK 2023

TARIKH: 6 JUN 2023

Site ini dibina sebagai satu perkongsian ilmu dalam bidang yang berkaitan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan. Ia hanya sebagai panduan atau rujukan sahaja. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan untuk terus berbakti dan mendidik anak bangsa kita seterusnya memartabatkan lagi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ini dimata dunia..

Mata pelajaran PJPK dibina bagi memenuhi keperluan PJPK yang bersifat holistik, bersepadu dan berkembang serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah PJPK yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. PJPK memberi penekanan kepada pembangunan kendiri daripada segi fizikal, mental, emosi, sosial, keselamatan, tanggungjawab kendiri, interaksi dan kerjasama. 

Kurikulum mata pelajaran ini adalah berdasarkan kemahiran pergerakan dan amalan gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif dan afektif yang dilaksanakan secara modular mengikut keperluan murid terdiri daripada Komponen Pendidikan Jasmani dan Komponen Pendidikan Kesihatan. 

Ilmu dari bidang-bidang tersebut yang merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif perlu disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sesuai bagi memenuhi keperluan abad ke-21. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), pendekatan bersepadu, pembelajaran secara kontekstual dan aplikasi teori kecerdasan pelbagai merupakan beberapa keperluan yang mendesak perlu ditanamkan dalam membangunkan kurikulum abad ke-21 agar modal insan yang dihasilkan mampu menguasai kemahiran penyelesaian masalah (problem solving), berkemahiran membuat keputusan dengan tepat (decision making) dan menguasai kemahiran kepemimpinan yang tinggi (leadership skills). 

PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan.Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yangtepat boleh membantupembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.


Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:


1.  Pementoran

2.  Penyelarasan

3.  Pemantauan

4.  Pengesanan



1.  PEMENTORAN


Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk pelaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.


a. Tempoh Pelaksanaan:


Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.


b. Objektif Pementoran:


i.  Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan danpengurusan PBS

ii.  Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

iii.  Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.

iv.  Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.

v.  Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.


c.  Jenis Pementoran:


i.  Formal

Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.


ii. Informal

Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.


d.  Mentor:


i.  Mentor dalaman terdiri daripada:


GKMP / Ketua Bidang

Ketua Panitia

Guru Cemerlang

Jurulatih Utama

Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS


ii. Mentor luaran terdiri daripada:


Petugas yang dilantik oleh LP

Petugas yang dilantik oleh JPN

Petugas yang dilantik oleh PPD


e. Peranan Mentor:


i.  Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.

ii.  Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.

iii.  Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.

iv.  Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan Pengajaran dan pembelajaran.

v.  Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.

vi.  Membantu m nyelesaikan masalah yang di hadapi oleh guru yang dibimbing.



2.  PENYELARASAN


Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.


a. Tempoh Pelaksanaan:

Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.


b. Objektif Penyelarasan:


i.   Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.

ii.  Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

iii.  Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.

iv.  Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.

v.  Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS

oleh guru di sekolah.

vi.  Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.

vii.  Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.


c.Jenis Penyelarasan:


i.  Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefah aman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.

ii.  Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.


d.  Personali.


I.  Penyelaras dalaman:


GKMP

Guru Cemerlang

Ketua Panitia

Jurulatih Utama

Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS


ii.  Penyelaras luaran


Petugas yang dilantik oleh LP

Petugas yang dilantik oleh JPN

Petugas yang dilantik oleh PPD


e.  Pelaksanaan Penyelarasan:


i.  Sebelum Penyelarasan:


JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan. Mengadakan perbincangan mengenai


-Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan

-Kesesuaian instrumen yang digunakan

-Kefahaman tentang penskoran

-Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor


ii.  Semasa Penyelarasan:


     Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian

  Membanding skor yang diberikan oleh guru

  Menyelaras pemberian skor


iii.  Selepas Penyelarasan:

   Menyediakan laporan penyelarasan

   Menyelaras skor murid, jika perlu



3.  PEMANTAUAN


Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JKPBS.


a.  Objektif Pemantauan:


i.  Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi

ii.  Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

iiii.  Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.

iv.  Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.

v.  Menyediakan lapor an pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.


b.Pemantau:


i.  Pemantau dalaman:

    Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah.


Pemantau dalaman ialah:


Pengetua / Guru Besar

Guru Penolong Kanan

GKMP

Guru Cemerlang

Ketua Panitia

Jurulatih Utama

Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar


ii.  Pemantau  luaran:

 Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM.


Pemantau luaran ialah:

Pegawai LP

Pegawai JPN

Pegawai PPD

Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia  (KPM)

Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP


c. Pelaksanaan Pemantauan:


i.  Sebelum Pemantauan:

JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS.

Menyediakan instrumen pemantauan.


ii.  Semasa pemantauan:

      Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.

   Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.

   Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.


iii.  Selepas pemantauan:

   Melaporkan dapatan pemantauan.

   Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.

   Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

 


4.  PENGESANAN


Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.


a.  Objektif Pengesanan:


i.  Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

ii.  Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

iii.  Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

iv.  Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran


b.  Pengesanan:


i.  Pengesanan Dalaman


Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan danenskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid.


Pegawai pengesanan dalaman:

GKMP

Guru Cemerlang

Ketua Panitia

Jurulatih Utama

Guru yang dilantik oleh Pengetua /Guru besar /JK PBS


ii.  Pengesanan Luar


Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.


Pegawai pengesanan luaran:

Petugas yang dilantik oleh LP

 

c.  Pelaksanaan Pengesanan:


i.  Sebelum pengesanan:

Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.

Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusatyang berkenaan.


ii.  Semasa pengesanan:

  Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.

  Mencadangkan penyelesaian.


iii.  Selepas pengesanan:

   Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

   Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.

   Melaksanakan program pengesanan semula