PENJAMINAN KUALITI PBS

Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan


Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang

Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) 


4.1.1 Guru Merancang Pelaksanaan Pdpc secara profesional dan sistematik


Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa



Aspek 4.2 Guru Sebagai Pengawal

Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan


4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang

Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp


4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang

Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.3 Guru Sebagai Pembimbing

Guru bertindak sebagai pembimbing  untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran  dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran


4.3.1 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang


Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-sungguh



Aspek 4.4 Guru Sebagai Pendorong

Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran


4.4.1 Guru mendorong minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang

Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajara, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan


4.4.2 Guru mendorong emosi murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang

Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.5 Guru Sebagai Penilai

Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid


4.5.1 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang

Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif

Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif


4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan

Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah