PENGESANAN

PENGESANAN


Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.


a.  Objektif Pengesanan:


i.  Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

ii.  Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

iii.  Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

iv.  Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran


b.  Pengesanan:


i.  Pengesanan Dalaman


Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid.


Pegawai pengesanan dalaman:

GKMP

Guru Cemerlang

Ketua Panitia

Jurulatih Utama

Guru yang dilantik oleh Pengetua /Guru besar /JK PBS


ii.  Pengesanan Luar


Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.


Pegawai pengesanan luaran:

Petugas yang dilantik oleh LP

 

c.  Pelaksanaan Pengesanan:


i.  Sebelum pengesanan:

Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.

Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusatyang berkenaan.


ii.  Semasa pengesanan:

  Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.

  Mencadangkan penyelesaian.


iii.  Selepas pengesanan:

   Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

   Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.

   Melaksanakan program pengesanan semula