PEMENTORAN

1.  PEMENTORAN


Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk pelaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.


a. Tempoh Pelaksanaan:


Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.


b. Objektif Pementoran:


i.  Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan danpengurusan PBS

ii.  Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

iii. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.

iv. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.

v. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.


c.  Jenis Pementoran:


i.  Formal

Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.


ii. Informal

Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.


d.  Mentor:


i.  Mentor dalaman terdiri daripada:


GKMP / Ketua Bidang

Ketua Panitia

Guru Cemerlang

Jurulatih Utama

Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar /JK PBS


ii. Mentor luaran terdiri daripada:


Petugas yang dilantik oleh LP

Petugas yang dilantik oleh JPN

Petugas yang dilantik oleh PPD


e. Peranan Mentor:


i.  Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.

ii.  Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.

iii.  Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.

iv.  Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan Pengajaran dan pembelajaran.

v.  Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.

vi.  Membantu menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh guru yang dibimbing.