PAMERAN

SK Tanjong Belanja telah membuka satu ruang pameran reruai projek My Healthy Garden sempena Program Eksplorasi Alam Lestari di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL), Sungkai, Perak yang melibatkan 100 orang murid tahap 2 daripada 4 sekolah di kawasan rancangan FELDA.

Program anjuran KPM menerusi Yayasan Didik Negara (YDN) dengan kerjasama FGV Holdings Berhad (FGV) ini antara lain bertujuan memupuk kesedaran serta kecintaan murid terhadap alam sekitar sejak di peringkat awal persekolahan. Penerapan elemen harmoni dengan alam dan hidupannya juga diberi penekanan dalam pelaksanaan program ini.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Menteri Kanan Pendidikan Dato Dr Radzi Md Jidin ke reruai SK Tg Belanja melihat hasil projek My Healthy Garden sekolah. Tahniah pada guru dan murid yg sentiasa aktif melestarikan sekolah agar menjadi satu kawasan yg kondusif untuk belajar.


Khamis 29/9/2022

Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai, Perak.