My eLC

JOM BACA BERSAMA

UNTUK 10 MINIT


PENGENALAN

Kita tidak dapat menafikan bahawa peranan perpustakaan adalah signifikan sebagai pusat maklumat sehenti (one stop information centre) dan bahan ilmiah serta juga sebagai pusat rujukan dan penyelidikan pendidikan terutama di kalangan guru dan murid. Sehubungan itu, adalah menjadi keutamaan pihak sekolah untuk menaik taraf Pusat Sumber SK Tanjong Belanja dari perpustakaan konvensional kepada perpustakaan digital yang bakal menggunakan e-teknologi dan e-maklumat bagi memudahkan murid, ibu bapa dan guru mengakses maklumat di hujung jari. Ini adalah selaras dengan dasar pendigitalan Kementerian Pendidikan Malaysia dan menyahut usaha ke arah Transformasi Sekolah 2025 (TS25).


MATLAMAT


Mewujudkan sebuah perpustakaan dua dalam satu iaitu dapat berfungsi sebagai sebuah perpustakaan konvensional dan perpustakaan digital pada masa yag sama. Selain itu, perpustakaan ini mempunyai pelbagai sudut yang mesra pengguna seperti Sudut IT, Sudut Refleksiologi, Sudut Sihat, Sudut Informasi dan Sudut Santai.