PUSAT SUMBER SEKOLAH
APAKAH ITU PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS )?
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis
Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah
Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
Pusat Ilmu
Pusat Penemuan
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
Pusat Pengajaran
Pusat Profesional
Pusat Hubungan Masyarakat
Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri daripada:
Pinjaman biasa
Pinjaman khas
Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
Pemilihan bahan
Pencarian maklumat
Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
laman web sekolah / PSS
keratan akhbar
muka surat kandungan majalah
bibliografi beranotasi
senarai bahan terkini
abstrak dan indeks bahan terpilih
pangkalan data bibliografi sumber PSS
pameran buku baru
Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.
Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.
Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
Pusat Akses Kendiri
Sudut Bercerita / Aktiviti
Sudut / Bilik Perbincangan
Bilik Rakaman
Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.
Perkhidmatan Akses Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.
Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini.
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
a)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1983: Perpustakaan Sekolahbertarikh 27 Disember 1983
b)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca 1988bertarikh 20 Januari 1988
c)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membacabertarikh 22 Mei 1998
d)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS)bertarikh 20 April 2000
e)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeribertarikh 19 November 2001
f)Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaranbertarikh 28 Julai 2003.
g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005
Program Galakan Membaca
Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.
Bagi memantapkan program galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
Literasi Maklumat
Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.
Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
Pentafsiran maklumat
Penghasilan produk yang berkualiti
Pembelajaran kendiri
Penglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerj
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika
Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti berikut:
Kemahiran belajar secara kendiri
Kemahiran bekerjasama
Kemahiran merancang
Kemahiran mencari dan mengumpul
Kemahiran memilih dan mentafsir
Kemahiran menyusun dan merekod
Kemahiran komunikasi
Kemahiran menilai
Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :
modular
integrasi / merentas kurikulum
Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad 21
buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Edisi Ke 2 2016