INOVASI

INOVASI ROBOT WASEBOT

Inovasi Wasebot iaitu satu inovasi berasaskan sistem robotik untuk mengesan tahap paras air dalam sistem takungan hidroponik menggunakan papan mikropengawal jenis Arduino Uno. Wasebot adalah singkatan kepada Water Sensor Robot iaitu robot pengesan paras air. Wasebot ini digunakan bagi mengatasi masalah takungan air dalam tanaman hidroponik. Air yang telah kering boleh memberi kesan kepada sistem motor pengepam air hidroponik dan menyebabkan ia menjadi terlampau panas seterusnya rosak.

Penghasilan produk Wasebot ini terjadi apabila sistem tanaman hidroponik sekolah sering mengalami masalah air takungan yang kering. Keadaan telah menjejaskan sistem motor untuk mengepam air bagi menjana sistem pengairan dalam hidroponik. Produk yang dihasilkan juga amat bertepatan dengan kandungan silibus buku teks Reka Bentuk Teknologi Tahun 6 Semakan 2017. Inovasi ini dihasilkan apabila pihak sekolah tidak mempunyai perkakasan yang terdapat di dalam buku teks kerana masalah perbekalan dari pembekal sekolah. Perkakasan yang sepatutnya adalah mikropengawal Microbit dan motor servo. Guru telah membuat sedikit pengubahsuaian dengan menggunakan mikropengawal jenis Arduinio UNO dan paparan layar 12C LCD Screen 1602 dan Arduino Adjustable Soil Moisture Sensor dimana tahap kandungan air akan dipaparkan pada layar dalam bentuk sedikit, sederhana dan banyak.


Robot Wasebot pada tanaman hidroponik

Robot Wasebot pada air hidroponik takung

Robot Wasebot pada tanaman hidroponik takung

Robot Wasebot pada tanaman hidroponik

Robot Wasebot pada tanaman

Robot Wasebot

Pameran Program Eksplorasi Alam Sekitar di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai, Perak

Prototaip yang sentiasa ditambah baik