My Healthy Garden

Terima kasih kerana sudi mengisi buku pelawat. Segala penambahbaikan dan cadangan anda akan ditambah baik oleh pihak sekolah.

Kelestarian alam merupakan tanggungjawab bersama. sinergi yang mapan itu mampu memberi impak besar terhadap kehidupan masyarakat, landskap hijau yang terpelihara, di samping melahirkan persekitaran kondusif untuk menjalankan aktiviti harian. Berikutan usaha murni itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dalam usaha memperkasakan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Negeri Perak dengan mewujudkan ‘My Healthy Garden’. Program ini memaparkan konsep penanaman tumbuh-tumbuhan dalam persekitaran sekolah dengan informasi 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Tindakan ini adalah sejajar dengan kebimbangan yang dinyatakan oleh Sultan Perak berkenaan isu kelestarian alam di mana mengancam perubahan iklim dan pemanasan global. Menerusi kerjasama antara Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri, sebuah kawasan kondusif dalam persekitaran sekolah dapat diwujudkan sekali gus menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan yang bersih, indah dan ceria.

KITA DAN ALAM SEKITAR

  • Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dilaksanakan sepenuhnya di sekolah rendah dan menengah di Malaysia pada 1986 (KPM, 1986).

  • Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar ialah mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohd Zohir dan Nordin, 2007).

  • Objektif utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan (Muthoka, 1985).


MY HEALTHY GARDEN

  • Kawasan kondusif dalam sekolah yang ditanam tumbuhan bersesuaian dan dipenuhi informasi 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)

  • Dioperasikan oleh murid dengan bimbingan guru

  • Ketua operasi: Junior Health Ambassador of Perak (Jhep) Dania Erisya Binti Hamizi


OBJEKTIF

  • Melatih murid sebagai pencetus dan penyampai maklumat gaya hidup sihat bagi mewujudkan komuniti yang bersih, sihat dan selamat

  • Melahirkan pemimpin murid yang memahami, menghayati dan boleh menyampaikan informasi 3K

  • Meningkatkan bilangan tumbuh-tumbuhan dalam negeri Perak

  • Melatih murid tentang konsep pertanian bandar. Murid dapat mengaplikasikan dengan keluarga


SASARAN MY HEALTHY GARDEN

  • 24 sekolah setiap tahun

  • Pengetua dan Guru Besar yang komited isu pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar

  • Bersedia mengikuti saranan pelaksanaan My Healthy Garden


TERAS MY HEALTHY GARDEN

  • 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)

  • 3R (reduce, reuse and recycle)

  • STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematic)