SISTEM PENGKELASAN BUKU

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

Melbille Luis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku bahawasanya sistem pengkelasan ini telah digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam tempat-tempat tertentu agar kita tidak keliru dengan semua jenis-jenis buku yang wujud di muka bumi ini.


Sistem ini merangkumi semua bidang pengetahuan dan dapat memberi ruang kepada perkara-perkara yang baru dari semasa ke samasa. Di bawah merupakan contoh pengkelasan dewey mengikut kategori buku.


Tujuan Pengkelasan ini adalah untuk memudahkan orang yang bertugas di perpustakaan atau orang yang mencari buku untuk mengesan dan mencapai buku yang terdapat di perpustakaan dengan mudah dan cepat. Di bawah ini merupakan sistem pengkelasan perpuluhan dewey ringkasan pertama.


Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama

000 KARYA AM

100 FALSAFAH

200 AGAMA

300 SAINS KEMASYARAKATAN

400 BAHASA

500 SAINS TULEN

600 TEKNOLOGI

700 KESENIAN

800 KESUSASTERAAN

900 GEOGRAFI dan SEJARAH


Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskankan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengelasannya.


Nombor pengelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah 899.23. Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.


Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti keset video, keset audio, cakra padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya.


Bagi mereka yang baru menjadi guru perpustakaan, bolehlah untuk merujuk sistem pengkelasan perpuluhan dewey ini untuk menyemak semua buku buku yang terdapat di perpustakaan sama ada betul atau tidak.


Bagi mendapatkan lebih kefahaman, boleh rujuk di sini.