KAMPUS ASTRO

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH

YANG MEMPUNYAI MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO


Sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus Astronya tidak berfungsi lagi. Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan untuk membuat pengaktifan semula melalui Kampus Astro,


Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan: –

Sekolah : 1 300 82 3838 atau 1 300 82 0001, emel: kampusastro@astro.com.my


Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro :-


1. Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan )


2. Bagi bantuan teknikal, perlu berada di hadapan dekoder Astro bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.


3. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja :-

a) Telefon 1 300 82 0001, pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada di hadapan decoder Astro.


4. Remote rosak :-

a) Buat surat yang bertandatangan Guru Besar / Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad pintar serta faxkan surat tersebut untuk perhatian ‘Head of corporate responsibility department’ di talian 03-95437333.

b) Bawa remote yang rosak ke Astro Customer Service Centre untuk mendapatkan penggantian. ( Penggantian pertama adalah percuma sekiranya kerosakan itu adalah berdasarkan syarat yang dinyatakan ).


5. Kad Astro hilang:-

a) Surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor kod sekolah . Untuk perhatian ‘Head of corporate responsibility department’.

b) Faxkan surat tersebut ke 03-9543 7333 atau email kepada wecare@astro.com.my dan telefon talian 1 300 82 0001. ( Caj akan dikenakan untuk penggantian kad yang hilang sebanyak RM50 ).


6. Mengalih piring ke bangunan baru:-

a) Akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 ( sekiranya ada tambahan kabel akan dikenakan caj kabel ) yang ditanggung oleh pihak sekolah.

b) Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad dan nombor decoder. Untuk perhatian ‘Head of corporate responsibility department’ dan faxkan surat tersebut ke 03-9543 7333 dan telefon talian 1 300 82 0001.


7. Sekolah baru:-

a) Sila faxkan surat ke 03-9543 7333 untuk permohonan baru Kampus Astro dan telefon talian 1 300 82 0001 atau 03-7491 9888.