Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bilangan hari pada bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.

Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadan ialah bulan yang panas).

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Pada malam kelima belas bulan Syaaban, merupakan malam Nisfu Syaaban. Baginda Nabi Muhammad SAW berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.

Umat Islam digalakkan berpuasa, membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya bagi mendekatkan diri kehadrat Allah S.W.T. 

Sya’aban juga satu daripada empat bulan yang dinyatakan Allah S.W.T sebagai bulan yang dihormati seperti firman-Nya yang bermaksud : 

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus” (Surah at-Taubah : 36) 

Menurut ahli tafsir, empat bulan yang dimaksudkan dalam kalimah ( arba’ata Hurum ) ialah bulan Rejab, Sya’aban, Ramadhan dan Muharam. Imam-at Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. apabila tiba bulan Rejab, baginda Rasulullah s.a.w. berdoa supaya diberkati bulan tersebut dan bulan Sya’aban serta Ramadhan berikutnya doa baginda yang bermaksud : “ Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadhan”. 


Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban. 

Antara hadis-hadis tersebut : 



Makna Hadith

Di dalam hadith pertama yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid menunjukkan bahawa Nabi SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda SAW dalam keadaan berpuasa. Tambahan pula, bulan Sya’ban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan dan juga salah satu daripada bulan Haram (Rejab).  Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”. [Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313]

Selain itu, hadith ini juga menunjukkan bahawa kita digalakkan untuk beramal dan melakukan ketaatan pada waktu manusia sedang lalai. Ini kerana, perbuatan ini amat disukai dan dikasihi oleh Allah SWT. Hadith kedua yang diriwayatkan oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa Rasulullah SAW banyak berpuasa di dalam bulan Sya’ban. 


Bulan Pembaca al-Quran

Adalah Salamah bin Kuhail berkata : ”Bulan ini adalah bulan membaca (Al-Qur'an). Juga Habib bin Abi Tsabit apabila memasuki bulan Sya’ban berkata, “Hadza Syahrul Qurra.” (ini adalah bulan bagi pembaca al-Quran). Dan 'Umar bin Qois Al-Mala-i apabila memasuki Sya’ban menutup kedainya untuk membaca Al-Qur’an. Semua ini adalah sebagai persiapan menyambut bulan kebaikan dan barakah yakni Ramadhan. Maka seorang Muslim baik sekali untuk mengulang (muraja’ah) hafalan bacaan Al-Qur’an di bulan ini.

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat 


Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan kelebihan malam Nisfu Sya’ban antaranya:

Pertama: Sabda Rasulullah SAW   

Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)


Kedua : Daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya. Kemudian Allah SWT mengampunkan orang yang beriman serta mengabaikan orang yang kufur dan membiarkan orang yang dengki dengan dengkinya sehingga mereka itu meninggalkannya”. [Syu’ab al-Iman, no. Hadith 3551] 


Kita dituntut pada malam ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Untuk itu, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan dan padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon ampun dan yang berdoa kepada-Nya. Disebabkan itu, Imam al-Syafie mengatakan sesungguhnya berdoa padanya iaitu pada malam nisfu Sya’ban adalah mustajab.

Telah berkata Imam al-Syafie RA: “Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam jumat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam nisfu Sya’ban”. [Lihat: al-Um, 1:264] 


PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DI BULAN SYAABAN

Peristiwa Pertukaran Arah Kiblat

Selepas sampai ke Madinah al-Munawarah, Rasulullah SAW dan para sahabat bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan.

Pada 15 Syaaban tahun kedua Hijrah ketika Rasulullah SAW dan jemaahnya sedang bersolat Asar di dalam Masjid Quba’, berlaku peristiwa penting kepada Rasulullah SAW dan Muslimin iaitu peristiwa pertukaran arah kiblat dari mengadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmuqadis (Bait al-Maqdis) ke arah Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. Masjid tersebut kini dikenali juga sebagai Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat).

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah SAW. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah: “Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”

Peristiwa ini berlaku pada pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah SAW yang dikabulkan oleh Allah SWT. Ini kerana Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah SAW tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Allah SWT berfirman:

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّـهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Maksudnya: “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” [Surah al-Baqarah: Ayat 144]



Peristiwa turunnya wahyu perintah berselawat kepada Rasulullah SAW

Antara kelebihan bulan Sya'ban adalah pada bulan ini turunnya ayat berkenaan selawat iaitu Surah al-Ahzab ayat 58. Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

'Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.'


Peristiwa turunnya wahyu kewajipan berpuasa di bulan Ramadan

Puasa pada bulan Ramadan mula diamalkan ketika tahun kedua Hijrah selepas Rasulullah saw. mengalihkan kiblat orang Islam dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram di Mekah,

Tanggal 10 Syaaban, turun firman Allah swt. dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, diwaji bkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"


AMALAN SUNAT DIPERBANYAKKAN DI BULAN SYAABAN

Berzikir

Membaca Quran

Bersedekah

Menolong Ibubapa

KUIZ DAN LATIHAN

GAMIFIKASI BULAN SYAABAN