PENGENALAN
Hasrat Pembelajaran
Saya belajar tentang model reka bentuk pembelajaran dalam KPPB.
Saya belajar tentang elemen-elemen yang terdapat dalam amalan pedagogi, rakan pembelajaran, pemanfaatan digital dan persekitaran pembelajaran dalam model reka bentuk pembelajaran KPPB.
Kriteria Pembelajaran
Saya dapat menjelaskan tentang model reka bentuk pembelajaran dalam KPPB.
Saya dapat menghuraikan elemen-elemen yang terdapat dalam amalan pedagogi, rakan pembelajaran, pemanfaatan digital dan persekitaran pembelajaran dalam model reka bentuk pembelajaran KPPB.
Saya dapat mengaplikasi model reka bentuk pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
Model Reka Bentuk Pembelajaran
Dalam Model Reka Bentuk Pembelajaran, terdapat empat elemen yang dikenal pasti dapat menyokong pembelajaran bermakna. Elemen-elemen ini adalah Amalan Pedagogi, Rakan Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran, dan Pemanfaatan digital (Rajah 1). Elemen-elemen ini saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain dan perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pendidik untuk menyokong pembelajaran bermakna. Model ini perlu digerakkan bersama-sama dengan model-model dan kerangka pembelajaran yang lain untuk membudayakan pembelajaran bermakna, antaranya adalah Model Pembelajaran Pelajar, Model Kompetensi Global 6C, Model 3E (Engagement, Enhancement, Extension), Model 3R (Rigor, Relevance dan Relationship), Model Kitaran Inkuiri Kolaboratif, dan Model Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR).
Rajah 1 : Model Reka Bentuk Pembelajaran
Elemen Amalan Pedagogi
Amalan pedagogi memberi ruang dan peluang kepada pendidik untuk membuat pilihan bagi melibatkan penglibatan dan motivasi dalam proses pembelajaran. Antara amalan yang dilaksanakan menggunakan teknologi terkini, termasuklah menggunakan pelbagai aplikasi seperti Youtube, Tik Tok, Jamboard, Padlet, Streamyard, dan lain-lain lagi.
Bagaimana mengaplikasi elemen Amalan Pedagogi?
Mereka bentuk tugasan dan proses pembelajaran menggunakan model yang terbukti berkesan melalui penyelidikan
Mereka bentuk tugasan pembelajaran yang mendalam dengan melibatkan kemahiran berfikir dan tahap kerumitan.
Menggunakan strategi perancah(Scaffolding) dan pembelajaran terarah kendiri(self-directed)
Melibatkan pelajar dalam refleksi kendiri dan menerima maklum balas yang menggalakkan proses metakognitif
Menggunakan pelbagai strategi pentaksiran dan maklum balas termasuk feed-up, feedback dan feed-forward.
Elemen Rakan Pembelajaran
Rakan Pembelajaran adalah bagaimana rakan sekelas, guru, dan komuniti menjadi penggerak atau pendorong pembelajaran dalam menetapkan perubahan dalam struktur perhubungan , pelajar, guru dan komuniti.
Bagaimana mengaplikasi elemen Rakan Pembelajaran?
Menetapkan perubahan dalam struktur perhubungan, pelajar, guru, dan komuniti
Mewujudkan matlamat dan hasrat pembelajaran yang telus dalam perkongsian dengan pelajar dan guru.
Menggunakan proses kerjasama yang jelas dan langkah-langkah untuk mencapai kejayaan
Elemen Persekitaran Pembelajaran
Persekitaran Pembelajaran adalah bagaimana guru dan komuniti menyediakan persekitaran yang interaktif dan berpusatkan murid.
Bagaimana mengaplikasi elemen Persekitaran Pembelajaran?
Menggunakan pelbagai alat dan proses yang sesuai untuk menilai kebolehan, bakat dan keperluan akademik.
Membina iklim dan budaya pembelajaran pada bila-bila masa, di mana sahaja murid berada dan melibatkan mana-mana murid.
Menggunakan proses kerjasama dan kemahiran sosial
Menggunakan pandangan murid untuk reka bentuk pembelajaran
Menggunakan strategi untuk penglibatan murid dan mendorong mereka dalam pembelajaran bermakna.
Menggunakan strategi untuk membina perkongsian dengan pelajar dan keluarga
Elemen Pemanfaatan Digital
Pemanfaatan Digital adalah bagaimana guru dan murid dapat menggunakan kemudahan digital dan meningkatkan motivasi pembelajaran dan mendorong untuk pembelajaran bermakna atau mencipta pengetahuan baharu pada bila-bila masa.
Bagaimana mengaplikasi elemen Pemanfaatan Digital?
Mendorong murid mengakses teknologi digital untuk mendapatkan maklum balas yang tepat pada masanya.
Menyediakan mod yang fleksibel selaras dengan keperluan pembelajaran individu dan kumpulan.
Menggunakan kumudahan digital sebagai perancah (scaffold) proses pembelajaran.
Mendorong inovasi murid menggunakan digital untuk pembelajaran bermakna atau mencipta pengetahuan baharu
Rumusan
Semua keempat-empat elemen dalam Model Reka Bentuk Pembelajaran tersebut boleh diaplikasikan melalui pelbagai kaedah dalam proses pembelajaran. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan kaedah terkini menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar boleh berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti emel, facebook atau blog. Justeru, pelajar dapat mereka bentuk bahan bantu mengajar dengan memanfaatkan digital semasa menghasilkan bahan pembelajaran interaktif seperti Kahoot. Dengan ini telah mencetuskan pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan kefahaman pelajar serta menghasilkan produk inovasi bahan bantu mengajar dalam mencipta pengetahuan baharu.