PENGENALAN
Hasrat Pembelajaran
Saya belajar tentang model pembelajaran pelajar/murid dalam KPPB.
Saya belajar tentang proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan model pembelajaran pelajar/murid.
Kriteria Pembelajaran
Saya dapat menjelaskan tentang model pembelajaran pelajar/murid dalam KPPB.
Saya dapat menghuraikan proses melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan model pembelajaran pelajar/murid.
Saya dapat mengaplikasi model pembelajaran pelajar/murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
MODEL PEMBELAJARAN PELAJAR/MURID
Model pembelajaran pelajar/murid menjelaskan model belajar yang menggabungkan tiga aspek iaitu (a) Perhubungan, (b) Belajar cara belajar dan (c) Aspirasi. Rajah 3 menunjukkan kesepaduan ketiga-tiga aspek yang akan memaksimumkan pembelajaran.
Rajah 1. Model Pembelajaran Pelajar/Murid
Sebolehnya setiap kali perancangan dan pelaksanaan pembelajaran, pelajar/murid boleh mempraktikkan dengan menggabungkan tiga komponen model pembelajaran tersebut. Ini bertujuan supaya proses pembelajaran menjadi lebih tersusun, terancang dan bermakna. Semasa dan selepas sesi pembelajaran pelajar dan pihak lain yang terlibat disarankan memberi pandangan dan refleksi berkaitan proses pembelajaran.
Setiap aspek dalam model mempunyai huraian tersendiri. Jadual 1 menunjukkan proses dalam melaksanakan pembelajaran berdasarkan model ini.
KPPB menekankan keseronokan belajar/murid. Sudah pasti aktiviti yang dirancang mengambil kira minat pelajar/murid, menzahirkan kreativiti dan semangat meneroka dan mencuba. Dalam hal ini banyak elemen lain yang terjelma seperti kepimpinan, keyakinan bertindak dan bertanggungjawab terhadap tugas. Dalam masa yang sama pelajar/murid akan dapat membangunkan motivasi dan harga diri. Sebagai contoh semasa melaksanakan projek pameran pakaian tradisional pelbagai budaya pelajar akan lalui beberapa fasa seperti merancang , melaksana dan refleksi. Sepanjang proses tersdebut pelajar akan bertindak mengikut tugas masing-masing samada sebagai pengurus atau pelaksana. Di dalam proses ini sudah pasti pelajar akan bekerja secara kolaboratif, berurusan dengan orang lain, membuat pameran dengan kreativiti masing-masing dan sudah pasti bakat masing-masing teserlah dan ditingkatkan. Di akhir program akan ada satu refleksi untuk mengukur keberkesanan dan kejayaan program.
Aspirasi murid mempunyai 4 kerangka iaitu
· Membangunkan harga diri
· Penglibatan dalam pembelajaran
· Dorongan meraih matlamat
· Suara pelajar
Setiap satu kerangka ada diperincikan dalam Jadual 2 di bawah.