MODEL 3R DAN 3E
PEMANFAATAN DIGITAL
PEMANFAATAN DIGITAL
PENGENALAN
Hasrat Pembelajaran
Saya akan mempelajari pemanfaatan digital yang melibatkan model 3E (Engagement, Enhancement dan Extension) dan model 3R (Rigor, Relevance dan Relationship)
Kriteria Pembelajaran
Saya dapat menjelaskan tentang konsep pemanfaatan digital berpandukan model 3E dan 3R.
Saya dapat mengaitkan penggunaan model 3E dan 3R dalam pengajaran dan pembelajaran.
Saya dapat mengaplikasi pelbagai aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
PEMANFAATAN DIGITAL
Dalam pemanfaatan digital, terdapat model 3E dan 3R digunakan bagi KPPB. Menurut Kerangka Kerja 3E (Kolb, 2017), terdapat tiga peringkat dalam Pemanfaatan Digital iaitu Engagement, Enhancement dan Extension. Dalam peringkat Engagement, teknologi digital membolehkan para pelajar memberikan fokus terhadap aktiviti pembelajaran. Peringkat ini juga memberikan motivasi kepada pelajar untuk memulakan pembelajaran mereka. Peringkat Enhancement pula melibatkan teknologi digital yang membantu dan membolehkan guru membimbing pembelajaran pelajar dengan lebih mudah (dengan bantuan teknologi digital). Peringkat Extension juga membantu pelajar meluaskan pembelajaran di luar bilik darjah disamping dapat menghubungkan mereka dengan dunia yang sebenar.
Model 3E (Engagement, Enhancement, Extension)
Pelaksanaan KPPB memerlukan para pendidik dan pelajar memanfaatkan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pemanfaatan digital perlu berlandaskan Model 3E bagi tujuan mencapai pembelajaran bermakna dalam kalangan pelajar. Rajah 1 menunjukkan Model 3E (Engagement, Enhancement, Extension) seperti yang diperkenalkan oleh Kolb 2017.
Rajah 1. Model 3E (Engagement, Enhancement, Extension)
Model 3E merupakan model pemanfaatan digital dengan memberi keutamaan kepada pembelajaran (Learning First, Technology Second). Antara alat pembelajaran profesional dalam pendidikan yang boleh digunakan adalah seperti social networks, smart device, blogging and website tools, personal information system, a trusted set of web resources, news and curation tools, web browser and search engines, productivity tools and apps, office tools, web course platforms, dan communication and collaboration tools.
Alatan dan resos digital berperanan memacu dan mengupayakan pembelajaran bermakna. Berdasarkan Rajah 1, dalam model ini ruang A mewakili pembelajaran tanpa melibatkan digital. Ruang B menjelaskan penggunaan digital secara Engagement yang memerlukan pelajar sentiasa melaksanakan tugasan, sama-sama menggunakan aplikasi digital untuk mencapai hasil pembelajaran. Ruang C pula menggambarkan situasi pelajar mengukuhkan (Enhancement) pembelajaran menggunakan alatan digital melalui nilai tambah, sokongan, pembelajaran terbeza dan bersifat individu. Ruang D pula pelajar melaksanakan Extension atau peluasan melalui pengalaman yang autentik, menghubungkan pelajar sepanjang masa 24/7 dengan memanfaatkan alatan digital di samping membina kemahiran insaniah. Sementara ruang E menggambarkan situasi di mana pelajar memanfaat sepenuhnya alatan digital dalam pembelajaran.
Model 3R (Rigor, Relevance dan Relationship)
Model 3R mewakili elemen Rigor, Relevance dan Relationship telah diperkenalkan oleh Daggett (2016) seperti yang tunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 2. Model 3R (Rigor, Relevance dan Relationship), Daggett, 2016
Berdasarkan Rajah 2, model ini mengaitkan model aplikasi dengan Taksonomi Pengetahuan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. Bagaimana untuk mencapai Model 3R ini? Pembelajaran bermakna berlaku apabila pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan dalam situasi bukan rutin dalam kehidupan seharian pada tahap pemikiran aras tinggi. Walau bagaimana pun pembelajaran boleh bermula dari Ruang A (pemerolehan), Ruang B (aplikasi), C (asimilasi) dan Ruang D (Adaptasi). Peringkat adaptasi perlu dicapai oleh pelajar iaitu berada pada Quadrant D seperti dalam Rajah 3.
Rajah 3. Model 3R Quadrant D
Sumber: Daggett, 2016.
Rajah 4. Model 3R Quadrant D (Adaptasi)
Berdasarkan Rajah 4, Quadrant D menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kecekapan untuk berfikir dengan cara yang kompleks dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi. Walaupun berhadapan dengan permasalahan, pelajar dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang luas untuk mencipta penyelesaian dan mengambil tindakan yang dapat mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka.
Elemen relevan boleh dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti berikut :
Membandingkan pembelajaran dengan...
Kehidupan pelajar
Kehidupan keluarga pelajar
Rakan dan komuniti pelajar
Negeri, negara dan dunia pelajar
Dunia pekerjaan
Dunia perkhidmatan
Dunia perniagaan dan perdagangan
Dunia yang kita berinteraksi dengannya...
Menggunakan contoh dunia sebenar
Moral, etika, politik, budaya dan dilema
Pengalaman dunia sebenar
Senario dan kisah sebenar kehidupan
Sumber-sumber Internet
Video dan media lain
Berita dan media berkala