PENGENALAN
Hasrat Pembelajaran
Saya mempelajari Model Backward Design dalam konteks merungkai kurikulum.
Kriteria Pembelajaran
Saya dapat membezakan model perancangan pengajaran dan pembelajaran tradisional dan backward design.
Saya boleh menyatakan tugasan pembelajaran dan bukti-bukti lain pentaksiran dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Saya boleh merancang pengajaran dan pembelajaran menggunakan model backward design.
BACKWARD DESIGN
Mengapa perlu ada Backward Design? Kerana ...
Perancangan pengajaran dan pembelajaran secara Tradisional, bermula seperti berikut:
Guru memberi fokus kepada langkah seperti menentukan hasil pembelajaran, menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta tugasan, dan menentukan penilaian. Pembelajaran secara tradisional mempunyai beberapa kelemahan iaitu fokus hanya diberikan kepada menghabiskan sukatan pelajaran, menekankan aktiviti tanpa matlamat jelas, dan menekankan hafalan fakta yang tidak memberikan makna dalam kehidupan sebenar.
Dalam proses backward design, proses merungkai kurikulum adalah proses yang sangat penting sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, juga sebagai persediaan pengajar pada peringkat awal.
Backward Design adalah satu model untuk mereka bentuk bahan-bahan pengajaran di mana guru memulakan proses mereka bentuk dengan memberi fokus hasil pembelajaran yang diharapkan (Grant Wiggins & Jay McTighe 2017).
Backward design, juga disebut sebagai backward planning atau backward mapping, ia adalah satu proses yang mana guru mereka bentuk pengalaman pembelajaran (Learning Experience) dan strategi pengajaran untuk mencapai matlamat pembelajaran yang diharapkan.
Perancangan pengajaran dan pembelajaran Backward Design, bermula seperti berikut:
Guru memberi fokus kepada langkah seperti mengenalpasti hasil pembelajaran, menetapkan bukti hasilan untuk dinilai, dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran menggunakan proses backward design memberikan beberapa kelebihan iaitu tumpuan pemikiran kepada pentaksiran, dapat memastikan pengajaran ke arah pencapaian matlamat. Pelajar juga dapat mengembangkan pengekalan pengetahuan mereka, seterusnya ia menjurus kepada pembelajaran bermakna (Wiggins, G. and McTighe, J.,1998).
KEJELASAN PENSYARAH (CLARITY)
Dalam kejelasan pensyarah, ia adalah penting untuk memaparkan tentang Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan. Persoalan dalam kejelasan pensyarah adalah seperti :
Apa yang pelajar ingin belajar?
Bagaimana pelajar mahu belajar?
Bagaimana pelajar tahu bahawa mereka telah belajar?
Terdapat tiga peringkat yang perlu dilaksanakan dalam proses backward design.
PERINGKAT 1 :
PROSES MERUNGKAI STANDARD
Proses merungkai standard, atau merungkai Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)/Maklumat Kursus (MK) perlu dilaksanakan dalam backward design.
Pelajar menggunakan perkaitan the big idea, essential questions dan backward design untuk memahami proses merungkai standard seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1 : Gabungan The Big Idea, Essential Questions dan Backward Design Dalam Merungkai Kurikulum.
FAEDAH MERUNGKAI STANDARD
Berikut adalah faedah-faedah dalam merungkai standard :
Menambahbaik penjajaran
Menambahbaik secara berterusan pencapaian hasil pembelajaran
Meningkatkan peluang untuk interdisciplinary kurikulum.
Menyediakan satu baseline/permulaan/platform untuk merancang pembelajaran murid dan pengajaran terbeza.
Menyediakan kejelasan bagaimana konsep dan kemahiran sepatutnya diajar dan ditaksir.
"The Process" – Memberi peluang kepada guru dan pentadbir menentukan apa keutamaan yang harus diberi perhatian
CONTOH PROSES MERUNGKAI
Berikut adalah contoh proses merungkai standard menggunakan toolkit merungkai standard bagi kursus EDUP3033 Murid dan Pembelajaran.
THE BIG IDEA
“ A BIG idea is a way of usefully seeing connections, not just another piece of knowledge. It is more like a lens for better looking than something additionally seen; more like a theme than the facts of the story.”
(Grant Wiggins, 2010)
ESSENTIAL QUESTIONS
“ Questions that probe for deeper meaning and set the stage for further questioning foster the development of critical thinking skills and higher order capabilities such as; problem solving, and the understanding of complex systems….. the ability to ask great questions often separates great teachers from good ones”.
(David Jakes, 2002)
CONTOH THE BIG IDEA DAN ESSENTIAL QUESTIONS
The Big Idea : “Pendidik Kompeten Menjana Kecemerlangan”
Essential Questions :
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidik yang kompeten?
2. Apakah ciri-ciri seorang guru yang kompeten?
3. Bagaimanakah pendidik yang kompeten mampu menjana kecemerlangan?
4. Sejauhmanakah kompetensi guru dapat menjana kecemerlangan dalam pendidikan?
5. Bagaimana untuk menjadi seorang guru yang kompeten?
6. Bagaimana seorang guru yang kompeten dapat dibentuk?
7. Adakah seorang guru yang kompeten dapat menjana kecemerlangan pendidikan?
PROSES MERANGKAI
Proses merangkai melibatkan kursus-kursus yang mempunyai CLO yang boleh dikaitkan. Berikut adalah contoh proses merangkai dalam penilaian berterusan bagi kursus EDUP3033 Murid dan Pembelajaran dan kursus Seni dalam Pendidikan https://bit.ly/3q81db7
INTERDISIPLINARI KURSUS
Berdasarkan Rajah 2, terdapat interdisiplinari kursus melibatkan kursus EDUP3033 dan EDUP 3033i. Kursus interdisiplinari yang terlibat adalah kursus Seni dalam Pendidikan, BMMB3052, PBKK3052, BCNB3052, SJHK3052, PJMS3052, TSLB3052, dan PIMK3052.
HASIL PEMBELAJARAN (CLO) INTERDISIPLINARI
Berikut adalah senarai CLO yang diinterdisiplinari bagi kesemua kursus yang terlibat seperti Rajah 2 berikut.
Berikut adalah hasil pembelajaran (CLO) bagi kursus-kursus yang diinterdisiplinari.
1. Menganalisis teori-teori pembelajaran dan model pengajaran dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (C4, LO3, CTPS3) - EDUP3033
2. Membentangkan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini. (C6, LO3, LO4, CTPS3, CS3) – EDUP 3033
3. Analyze the learning theories and models of teaching and its implication on classroom teaching and learning. (C4, LO3, CTPS3) – EDUP3033i
4. Presentation plan teaching and learning activities by aplying current teaching approaches, strategies and technique. (C6, L)3, LO4, CTPS3, CS3) – EDUP 3033i
5. Menjelaskan teori pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui rujukan sumber terkini (C5, P2, A3, PLO1, PLO3, PLO6, CTPS2, LL1) – BMMB3052
6. Mempersembahkan aktiviti seni dalam pendidikan dengan mengunakan kit persembahan bagi Bahasa Melayu di sekolah rendah (C6, P7, A5, PLO2, PLO3, PLO5, CTPs4, TS4). – BMMB3052.
7. Mengaplikasikan elemen Seni dalam Pendidikan dalam aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak di sekolah rendah. (C3, P4, A4, PLO2, PLO3, CTPS3) - BCNB3052.
8. Melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pengkhususan Bahasa Cina secara amali. (C6, P5, A4, PLO2, CS1,CS2, CS4,TS1) - BCNB3052.
9. Menghasilkan projek yang mengintergrasikan seni visual, muzik dan pergerakan secara berkumpulan untuk diadaptasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah rendah. (C6, P7, A5, PLO3, PLO5, TS5) - BCNB3052
10. Explain learning theories, basic concepts and elements of Arts in Education in the teaching and learning process with reference to current resources. (C5, P2,A3,PL01, PLO3, PLO6,CTPS2, LL1) TSLB3052
11. Apply elements of Arts in Education in exploring activities, acquiring experiences , and expression related to sensory of primary school students.(C3, P4, A4, PL03, CTPS1) TSLB3052
12. Evaluate visual art activities, music and movements in English language learning in a written form. (C5, A3, PLO3, CTPS2) TSLB3052
13. Present arts in education activities using the perfomance kit for teaching and learning of English language in the primary schools.(C6, P7, A5, PLO2, PL03, PL05,CTPS4, TS4) TSLB3052
14. Menilai aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam pengkhususan Pendidikan Islam secara bertulis (C5, A3, PLO3, CTPS2) PIMK 3052
15. Mempersembahkan aktiviti seni dalam pendidikan dengan menggunakan kit persembahan bagi Pendidikan Islam di sekolah rendah (C6, P7, A5, PLO2,PLO3, PLO5, CTPS4, TS4) PIMK 3052
Rajah 2 : Interdisiplinari Kursus-Kursus Terlibat
PERINGKAT 2 :
BUKTI PENTAKSIRAN BERTERUSAN
PERINGKAT 3 :
PELAN PEMBELAJARAN
Dalam pelan pembelajaran, ia mengandungi “W H E R E T O” iaitu :
W = ke mana arah tujuan (Where)
H = menarik minat pelajar (Hook)
E = membantu pelajar meneroka dan mengalami idea utama
R = menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar berfikir semula dan menyemak
E = pelajar diberi peluang menilai kerja mereka dan implikasinya
T = sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau latar belakang pelajar
O = melibatkan pelajar secara maksimum dan berkesan
Berikut adalah contoh “W H E R E T O” bagi kursus EDUP3033 Murid dan Pembelajaran. https://bit.ly/3Rud9iV