MATLAMAT :
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) merupakan inisiatif Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia memfokuskan kepada pembelajaran bermakna dan kemenjadian pelajar. KPPB adalah komitmen ke arah mewujudkan hubungan pembelajaran yang baharu antara pelajar, pensyarah dan komuniti.
Modul KPPB digital ini dibina untuk memberikan gambaran dan rujukan kepada para ahli akademik untuk membangunkan, menjalankan, dan membudayakan KPPB dalam pengajaran dan pembelajaran atau the best practices dalam bidang pendidikan guru di Malaysia. Ia juga dapat dijadikan panduan kepada pensyarah bagi melahirkan para pelajar yang mempunyai kompetensi global 6C hasil daripada pengalaman pembelajaran bermakna yang dilalui. Para pensyarah yang berkualiti dan mantap juga dapat dilahirkan dengan adanya latihan pembangunan profesionalisme pensyarah secara berterusan selaras dengan keperluan transformasi pendidikan negara.
Modul ini dihasilkan dengan berpandukan konsep KPPB; Backward Design iaitu proses merungkai dan merangkai (Interdisiplinari), The Big Idea dan Essential Questions; Model Kompetensi Global 6C; Model Reka Bentuk Pembelajaran, Model Pembelajaran Pelajar; Model 3E (Engagement, Enhancement dan Extention) serta Model 3R (Rigour, Relevence and Relationship).
OBJEKTIF :
1. Menerangkan konsep asas Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB).
2. Menghasilkan iaitu proses merungkai dan merangkai (Interdisiplinari), Backward Design, the big idea dan essential questions berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus/Maklumat Kursus/DSKP.
3. Menerangkan kompetensi global 6C dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB).
4. Mengaplikasi model reka bentuk pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Mengaplikasi model pembelajaran murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
6. Mengaitkan model 3R dan 3E dalam pengajaran dan pembelajaran.
REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN :
Jenis modul : Latihan
Mod Penyampaian : Secara dalam talian
STRUKTUR :
Kandungan Modul :
Unit 1 – Konsep KPPB
Unit 2 – Backward Design - Merungkai dan Merangkai (Interdisiplinari) The Big Idea dan Essential Questions
Unit 3 – Model Kompetensi Global 6C
Unit 4 - Reka Bentuk Pembelajaran
Unit 4 – Model Pembelajaran Murid
Unit 5 – Model 3E (Engagement, Enhancement dan Extention) dan Model 3R (Rigour, Relevence dan Relationship).
PESERTA :
Guru/Pensyarah
KEMASUKAN :
1 September 2022
TEMPOH KURSUS :
Empat Minggu
SYARAT-SYARAT :
Tiada syarat
JENIS PENTAKSIRAN :
Soalan objektif
PANEL PENYEDIA MODUL :
Dr. Hamdiah binti Jailani
En. Mustafa Kamal b Alias
Pn. Saripah Rabea'ah bt Syed Ali
Pn. Anis Salwa bt Ahmed @ Adnan
En. Abdul Aziz b. Shamsuddin
En. Ahmad Jalalulail b Abd Manab
PENASIHAT (TASK FORCE KPPB IPGM) :
Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi
En. Zulkufli bin Mahayudin
© 2022 Institut Pendidikan Guru Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
E-mel : hamdiah@ipgmipoh.edu.my
Tarikh Kemaskini 2 September 2022