Pengenalan

FASA DESIGN THINGKING

Design Thinking mempunyai Lima Fasa iaitu:

  1. Fasa Empati

  2. Fasa Takrifan

  3. Fasa Penjanaan

  4. Fasa Prototaip

  5. Fasa Ujian

KENAPA Design Thinking?

Melalui kaedah ini, kita dapat membangunkan empati bersama-sama pengguna. Kita menyelami masalah mereka sehingga kita dapat rasa, apa pengguna rasa. Dalam mentakrifkan isu umpamanya, kita sering melihat apa masalah pengguna berdasarkan apa kita lihat dan andaikan. Oleh itu, andaian dan tanggapan kita tidak semestinya mencerminkan masalah sebenar pengguna. Dengan demikian, DT ialah kita bersama-sama dengan pengguna merasai sebenar masalah mereka, malah makan minum bersama-sama, "hidup dalam lingkungan mereka" agar kita dapat mentakrifkan masalah mereka dengan tepat. Oleh itu, DT memberi peluang kepada kita untuk menyelami isu atau permasalahan yang dihadapi oleh pengguna. Selain itu, kita belajar menerima kegagalan dan sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan lebih-lebih lagi melalui fasa pembangunan prototaip. Kita akan belajar menerima maklum balas pengguna dan suara hati mereka. Dengan ini, kita dapat menguji idea dengan tepat dan pantas berdasarkan "apa pengguna mahu", bukan "apa kita mahu".