Fasa keempat ialah Prototaip. Prototaip ialah idea penyelesaian yang terbaik dipilih bagi membangunkan model yang dicadangkan. Model pertama atau awalan itu dikenali sebagai prototaip pertama. Proses ini memerlukan anda merancang dengan lebih teliti dan sistematik agar idea yang terpilih dapat direalisasikan melalui produk mahupun perkhidmatan. Pembangunan prototaip ini akan dilaksanakan beberapa kali sehinggalah anda berasa sudah cukup “sempurna”. Untuk menjimatkan kos, kita boleh menggunakan lakaran, kertas, kotak dan seumpamanya. Contohnya, daripada brainstorming dalam fasa penjanaan tadi akhirnya ciri-ciri Tong Sampah yang dihasilkan adalah seperti lakaran di bawah.