Empati ialah fasa pertama dalam Design Thinking (DT). Fasa ini, seolah-oleh kita memasukkan kaki kita ke dalam kasut pengguna. Dengan demikian, kita dapat merasai apa yang dirasai oleh mereka. Apa yang dirasai oleh mereka, itulah yang kita rasa. Masalah pengguna benar-benar kita rasa apabila kita sendiri merasai masalah mereka. Oleh itu, empati ialah melihat lebih dekat masalah pengguna, turun di lapangan dengan perspektif mereka. Sebagai inovator, kita memerlukan kefahaman yang mendalam tentang masalah pengguna. Melalui Empati, daya menyelami dan memahami perasaan serta emosi orang lain atau pihak ketiga menjadi keutamaan. Hal ini akan memudahkan kita menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka. Data-data yang kita peroleh akan menjadi maklumat, dan menjadi pengetahuan atau idea dalam membuat sebarang keputusan.