PENJANAAN

Fasa Penjanaan

Sebelum ini, kita sudah mempunyai isu atau masalah iaitu tentang "tong sampah". Kita sudah melakukan temu bual untuk mengetahui sejauh manakah masalah "tong sampah" ini berlaku. Melalui temu bual itu, fasa Empati dilalui, malah sekali gus kita mentakrifkan masalah untuk fasa Takrifan. Sebagai mana dalam takrifan, kami teruja untuk membantu pengguna menghasilkan satu tong sampah yang bersifat futuristik dan mesra pengguna. Daripada takrifan itu, dengan jelas tercatat hala tuju kami iaitu untuk menghasilkan satu tong sampah yang diperlukan itu. Dengan demikian, kita mula bergerak ke fasa ketiga iaitu Penjanaan. Fasa ini memperluas hasrat kita tadi iaitu untuk menghasilkan Tong Sampah yang futuristik. Oleh itu, dalam fasa ini, kumpulan inovasi akan memerah keringat untuk menghasilkan apa yang dihasratkan itu.

Dalam proses penjanaan idea, tiada yang betul dan tiada yang salah. Setiap idea tidak akan dinilai sama ada masuk akal atau tidak. Selagi idea, pasukan inovasi akan menghargainya walaupun tidak logik. Ahli kumpulan hendaklah dididik supaya menerima apa sahaja idea yang diberikan oleh ahli kumpulan melalui kaedah brainstorming. Teknik yang boleh digunakan untuk mendapat idea dengan banyak dan mengelak rasa segan untuk bercakap ialah menulis dalam kertas sticker tentang cadangan-cadangan ketika proses penjanaan berlaku.

Selepas selesai menjana pelbagai idea tentang Tong Sampah yang futuristik dan mesra pengguna itu, maka tiba masanya mengelompokkan ciri-ciri yang dicadangkan itu dalam jadual iaitu untuk Radikal, Menarik, dan Senang seperti gambar di bawah.