Takrifan ialah fasa kedua dalam Design Thinking (DT). Sebelum ini, anda telah didedahkan dengan fasa Empati. Kali ini kita akan kembangkan lagi idea yang sedia ada. Fasa yang penting dalam Design Thinking ini ialah mendalami masalah yang dikenal pasti. Isu yang telah dipilih sebelum ini adalah tentang "Tong Sampah". Kita akan kembangkan idea ini mengikut permasalahan yang telah dikenal pasti yang berkaitan dengan penggunaan "Tong Sampah" ini. Oleh itu, bahagian ini ialah mentakrifkan permasalahan yang berkaitan dengan "Tong Sampah" ini. Kaedah yang digunakan ialah melaku Teknik Mengupas (unpacking) dengan melihat sudut pandang anda melalui Point-of-view (POV).
Teknik mengupas (unpacking) dan mereka bentuk sudut pendangan anda (Point-of-View – POV) memberi fokus kepada empat perkara seperti di bawah iaitu:
Pengguna
Maklumat menarik
Penemuan
Kita hendak membantu
Sebagai panduan penceritaan, tiga tatacara penting bagi menentukan hala tuju dalam menghasilkan sesuatu inovasi seperti di bawah ini:
- Kami menemui...(We met)
- Kami kagum... (We are amazed to discover)
- Kami hendak membantu... (We aim to help)
Kami telah menemu bual beberapa orang pengguna termasuk orang dewasa dan pelajar lepasan SPM.