NIRMALA

BINA AYAT

GAMBAR 1

AMA (AYAT TUNGGAL)

1. Emak sedang menyiram pokok bunga.

2. Kakak sedang menyapu sampah.

3. Abang Imran sedang memberus tayar kereta.

4. Abang Ezzad sedang membasuh kereta.

5. Wan Limah sedang melihat cucunya bermain bola.

GAMBAR 2

AMA (AYAT MAJMUK)

1. Ali dan Abu berborak sambil makan.

2. Iman sedang menyapu sampah sambil tersenyum.

3. Nina dan Ayu sedang berbual sambil mencuci pinggan.

4. Amir sedang berjalan dengan berhati-hati kerana takut makanannya tumpah.

5. Ehsan sudah selesai makan lalu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah.

KARANGAN

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN MURID

Sejak kebelakangan ini, masalah disiplin murid dilihat semakin membimbangkan. Ramai murid melakukan kesalahan disiplin di sekolah seperti ponteng sekolah dan bergaduh. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah disiplin murid ?

Antara langkah mengatasi masalah disiplin murid ialah ibu bapa perlulah memberi didikan agama sejak kecil lagi. Ibu bapa perlulah menerapkan amalan yang diterapkan oleh ajaran agama dalam kehidupan seharian seperti amalan tolong-menolong dan saling menghormati antara satu sama lain. Kesannya, anak-anak akan mematuhi peraturan dan sentiasa berbudi pekerti mulia ketika di sekolah.

Seterusnya, guru perlu mempelbagaikan teknik dalam proses pengajaran dengan memberikan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan minat muridnya. Sebagai contoh, melakukan aktiviti seperti kuiz secara berkumpulan untuk menggalakkan penglibatan aktif murid-murid dalam proses pembelajaran secara langsung. Dengan ini murid akan lebih aktif semasa guru mengajar dan tidak akan terpesong arah dalam melakukan sebarang masalah disiplin.

Langkah yang ketiga untuk mengatasi masalah displin murid ialah guru perlu menjadi teladan yang baik. Guru sebagai suri teladan haruslah menunjukkan keperibadian yang baik. Tamsilnya, mematuhi segala peraturan sekolah. Apabila guru menunjukkan keperibadian yang baik, murid akan mengikut tingkah laku guru.

Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid. Murid yang berdisiplin mampu untuk memajukan sistem pendidikan negara. Majulah pendidikan untuk negara.