GROUNDBREAKERS

Membina Ayat 

Ayat Tunggal 




Ayat Majmuk 



Cara-cara menghargai jasa guru 

  Semasa kita berada di sekolah, guru merupakan insan yang menjaga dan mendidik kita. Guru umpama ibu bapa kita sepanjang masa kita berada di sekolah. Terdapat pelbagai cara untuk menghargai jasa guru kita. 


Antara cara untuk  menghargai jasa guru adalah dengan mengamalkan sikap berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan guru. Sebagai contoh, murid boleh  menggunakan tutur kata yang sopan dan nada suara yang rendah serta bermanis muka ketika bercakap dengan guru di sekolah. Hal ini dapat membuatkan guru berasa senang hati dengan tingkah laku muridnya. 


Seterusnya, murid sewajarnya menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran di sekolah. Misalnya, murid memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Hal ini akan menyebabkan guru berasa bahawa diri mereka dihargai oleh murid-muridnya. 


Akhir sekali, murid mestilah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan ketika berada di sekolah. Contohnya, murid  menepati masa dengan hadir awal ke sekolah, berpakaian kemas mengikut peraturan sekolah serta tidak terlibat dengan gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Hal dapat meringankan beban dan tugas para guru di sekolah. 


Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru masing-masing. Setiap murid mestilah menghargai jasa gurunya kerana mereka telah berkorban masa dan tenaga demi memberi tunjuk ajar kepada kita.