HONEY STAR

VUCA adalah akronim daripada empat perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity, yang apabila digabung memberi gambaran tentang kehidupan masa kini dan cabaran yang datang bersamanya. 

Volatility bermaksud situasi yang cepat dan berlaku secara tiba- tiba dalam lingkungan sosial dan perniagaan. Dalam konteks ini kemampuan untuk menulis dengan cepat menjadi sangat penting dan diperlukan untuk menangani situasi yang terjadi secara cepat dan efektif.

Uncertainty merujuk kepada ketidakpastian yang meningkat dalam perniagaan dan sosial maka kemampuan penulis untuk menulis dengan padat dan ringkas menjadi sangat penting kerana dapat membantu untuk mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan pemahaman yang kompleks.

Complexity mengacu kepada banyak faktor yang berkait dalam lingkungan perniagaan dan sosial. Secara kesuruhannya kemampuan untuk menulis dengan logik dan sistematik amat penting dalam membantu untuk menyelesaikan masalah yang rumit dn mampu membuat keputusan yang tepat.

Ambiguity adalah kebingungan dalam lingkungan perniagaan dan sosial. Oleh itu kemampuan untuk menulis dengan kejelasan amat diutamakan untuk mengurangi ketidakpastian dan pengambilan perkataan yang mampu mengubah dunia pada masa hadapan 

Akhirnya, kepentingan literasi menulis memnainkan peranan yang sangat penting dalam dunia vuca kerana dapat membantu individu berkomunikasi secara efektif, mengambil keputusan yang tepat dan menyelesaikan masaah seharian.