KREVASI

KEPENTINGAN LITERASI MENULIS DI MALAYSIA 

Penulisan literasi ini sangat penting untuk dikuasai oleh masyarakat kerana akan mendatangkan kepentingan yang berguna untuk meneruskan kehidupan. Antara kepentingan penulisan ialah dapat berkomunikasi dengan aktif. Hal ini disebabkan oleh, menulis adalah cara yang sangat efektif untuk berkomunikasi dengan orang lain, baik dalam konteks bisnis, pendidikan, maupun kehidupan pribadi. Orang yang memiliki keterampilan menulis yang baik dapat menyampaikan pesan mereka dengan jelas dan efektif, dan membuat orang lain mengerti dengan mudah. Seterusnya, menggalakkan pengembangan keterampilan berpikir kerana menulis memerlukan pemikiran yang lebih dalam dan kritis. Orang yang sering menulis dapat mengembangkan keterampilan berpikir kritis yang lebih baik, yang dapat membantu mereka dalam mengambil keputusan yang lebih baik dan memecahkan masalah yang lebih kompleks. Selain itu, keterampilan menulis yang baik juga sangat penting untuk pengembangan karir. Orang yang dapat menulis dengan baik cenderung lebih sukses dalam karir mereka, karena mereka dapat mengkomunikasikan ide-ide mereka dengan jelas dan meyakinkan. Selanjutnya, menulis juga dapat membantu seseorang dalam mengekspresikan diri dan mengembangkan kreativitas. Menulis dapat menjadi cara yang baik untuk mengekspresikan idea-idea dan emosi yang sulit diungkapkan secara verbal. Di samping itu, keterampilan menulis yang baik juga dapat membantu dalam meningkatkan literasi secara keseluruhan. Orang yang memiliki keterampilan menulis yang baik cenderung lebih termotivasi untuk membaca, dan sebaliknya, membaca juga dapat membantu dalam mengembangkan keterampilan menulis yang lebih baik. Akhir sekali,  literasi menulis juga sangat penting dalam konteks akademik, terutama dalam menulis makalah atau tugas-tugas akademik lainnya. Orang yang memiliki keterampilan menulis yang baik cenderung lebih sukses dalam studi mereka dan dapat memperoleh hasil yang lebih baik dalam ujian dan tugas akademik.

DUNIA VUCA DAN KAITANNYA DENGAN KEPENTINGAN LITERASI MENULIS

       VUCA merupakan akronim untuk Volatile, Uncertain, Complex dan Ambiguity yang merupakan gambaran situasi di dunia kini. Volatility merupakan satu keadaan di mana perubahan berlaku dengan sangat pantas. Uncertainty merupakan satu keadaan yang tidak pasti. Selain itu, Complexity adalah keserabutan dunia dan ekonomi sekarang kerana dunia kini sangat kompleks. Akhir sekali, Ambiguity bermaksud kejerebuan ekonomi. 

       Antara kepentingan literasi menulis adalah membolehkan komunikasi berlaku secara berkesan. Volatility menunujukkan perubahan yang berlaku dengan pantas seperti kecanggihan teknologi kini dari semasa ke semasa. Contohnya, model laptop dan telefon pintar sentiasa menaiktaraf versi terbaharu mengikut kemajuan peredaran zaman. Versi terbaharu bagi setiap peranti memudahkan kita untuk menyampaikan maklumat dan mencari informasi dengan lebih pantas dan mudah. 

       Kepentingan literasi menulis yang kedua pula ialah perkembangan keterampilan berfikir. VUCA yang dapat dikaitkan dengan kepentingan literasi menulis ini adalah apabila dunia mengalami keserabutan selepas terjadinya pandemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi negara. Kesan daripada itu, harga komoditi dunia naik dan jatuh diluar jangkaan. Masyarakat yang sering menulis akan berfikir dengan lebih mendalam dan kritis  dalam membuat sebarang keputusan dan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks agar dapat menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang. 

        Kepentingan literasi menulis ketiga ialah perkembangan karier seseorang. Melalui penulisan yang dihasilkan oleh seseorang, bahan tersebut membolehkan kita mendapat pendapatan sampingan. Sebagai contoh seseorang itu boleh menghasilkan bahan bacaan yang berkaitan dengan isu semasa yang berlaku di negara kita. Oleh itu, penulis tidak boleh merungut dalam menghasilkan sesebuah penulisan apabila mendapat arahan yang berubah-ubah daripada pihak atasan. Penulis perlu mempunyai hati dan minda yang kuat serta cekal agar dapat menempuhi setiap masalah tanpa mengeluh semasa menghadapinya.