Pembelajaran Bermakna 7

Masalah Penguasaan Literasi Menulis


Pengenalan

Kemahiran menulis perlu bagi pelajar untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan keperluan kehidupan sehari-harian. Keperluan ini menjadi lebih ketara apabila pelajar tamat pengajian mereka. Oleh itu, pengajaran menulis dan mengarang di sekolah menengah, sewajarnya bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan menyampaikan fikiran dan berkomunikasi secara berkesan dengan anggota masyarakat (Morohaini, 1989).


Takrif menulis

Menurut Siti Hajar (2009), terdapat beberapa konsep menulis yang dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis.

2. Menulis merupakan hasil kerja penulis, iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam bentuk huruf dan alfabet.

3. Menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan sesuatu bahasa.

4. Menulis merupakan penggunaan huruf atau simbol bagi menggambarkan sesuatu makna.

5. Menulis merupakan medium komunikasi termasuklah facsimile, teleks dan e-mel.

6. Menulis merupakan simbol atau karakter bertulis atau bercetak sesuatu bahasa.

7. Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat.

8. Menulis merupakan penggunaan simbol visual bagi mewakili perkataan yang bertindak sebagai satu kod komunikasi.


Peingkat prapenulisan

Pada peringkat ini, murid perlu menguasai kemahiran menulis dengan kemas dan betul. Oleh itu latihan otot-otot tangan dan jari perlu diterapkan agar meningkatkan kepekaan kordinasi tangan dan mata. Guru hendaklah menyediakan aktiviti membentuk lambang atau imej yang sesuai dengan murid bagi melatih otot tangan mereka berfungsi dengan baiknya. Kreativiti guru amat diperlukn dalam menyediakan aktiviti seperti melakar lambang atau imej, serta mewarna objek-objek yang sesuai. Yang penting pada peringkat ini ialah latihan memegang pensel yang betul dan kordinasi tangan serta mata yang baik. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:




Peringkat mekanis

Kemahiran menulis mekanis merupakan kemahiran untuk membolehkan murid membentuk lambang huruf dan seterusnya menulis perkataan dengan jelas, tepat dan kemas, kemahiran ini termasuklah menulis huruf mengikut cara dan gaya yang betul, menjaga jarak yang sekata antara huruf dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul. Kemahiran ini melibatkan pergerakan anggota fizikal iaitu jari-jemari dan saraf tangan yang diselaraskan dengan penglihatan (Siti Hajar, 2009).


Kemahiran menulis boleh dimulakan seterah murid melalui latihan kemahiran prapenulisan. Tujuan kemahiran menulis mekanis adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil bagi setiap abjad dengan cara dan teknik menulis huruf yang betul dan seterusnya dapat menulis perkataan dan frasa.  Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis adalah seperti yang berikut:

1. Menulis bentuk yang mirip kepada huruf-huruf tertentu.

2. Menulis huruf daripada gambar.

3. Menulis huruf mengikut bentuk daripada kad yang dilubangkan.

4. Menulis huruf atau perkataan yang ditulis mengikut k titik-titik.

5. Menyalin perkataan atau frasa.

6. Menyalin ayat daripada buku 

(Siti Hajar, 2009)


Peringkat pelahiran

Pada peringkat ini, murid digalakkan untuk melahirkan fikiran mereka sendiri secara bertulis. Hal ini bermakna mereka telah pun menguasai kemahiran menulis setiap huruf dan abjad dan terusnya menulis ayat-ayat. Pada peringkat awal, murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya mereka digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri. Latihan boleh bermula secara terkawal melalui penggunaan bahan rangsangan seperti gambar dan perkataan. Murid diminta untuk menulis dan membina ayat mereka sendiri berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Latihan lain yang dapat dilaksanakan ialah;

1. Membina ayat bagi melengkapkan cerita.

2. Meluaskan ayat dengan menambah frasa yang sesuai.

3. Menulis jawapan bagi soalan kefahaman.

4. Menulis rencana yang dibaca oleh guru.

5. Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan.

6. Menyusun semula ayat dan perenggan.

(Siti Hajar, 2009)


Aktiviti penulisan peringkat pelahiran

ABC1: Alat Membina Ayat (AMA) dan ABC3: Alat Membina Karangan (AMK) ialah merupakan satu kaedah bagi membantu pelajar menghasilkan penulisan.

Tugasan

Secara berkumpulan, anda dikehendaki:

Catatan: Bagi tugasan 2 dan 3, guna Kaedah ABC1: Alat Membina Ayat (AMA)

Catatan: Tajuk bebas. Contoh: