Sistem ini dibangunkan bagi membolehkan pegawai/kakitangan yang ingin membuat carian dapat mengakses maklumat kedudukan rekod dengan lebih mudah dan pantas kerana ia boleh diakses di mana-mana sahaja dengan adanya capaian internet. Sistem ini berfungsi sebagai carian dan pengesanan fail.
FUNGSI
Untuk mengetahui status kedudukan fizikal fail sama ada berada pada lokasi dewan atau Seksyen Rekod.
Untuk mengetahui status pergerakan fail bagi memudahkan pengesanan fail.
Untuk mengetahui kedudukan fail kes sama ada fail fizikal masih wujud atau telah dijilidkan.
Untuk mengetahui status kedudukan fail pentadbiran sama ada fail masih disimpan, dilupuskan atau dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.
Penyemakan fail boleh dibuat oleh semua pegawai dan kakitangan yang ingin mengetahui status kedudukan fail.
TATACARA PENGGUNAAN SISTEM
Sila klik pada icon gambar di sebelah
Masukkan nombor kes sekiranya ingin membuat carian bagi fail kes.
Masukkan nombor klasifikasi fail sekiranya ingin membuat carian bagi fail pentadbiran.
Lihat pada lokasi untuk mengetahui kedudukan fail.