Mengenai Kami
SEKSYEN REKOD MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
PENGENALAN
Seksyen Rekod bertanggungjawab menjadikan sistem pengurusan rekod Jabatan teratur dan bersistematik. Seksyen Rekod diwujudkan di MSWPKL pada Januari 2009 dengan pengisian (2) dua perjawatan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Menguruskan proses penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan penjilidan rekod pengurusan kes mengikut prosedur yang ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan pendengaran kes, penyelidikan dan pengurusan.
Menguruskan rekod-rekod dalam kumpulan nilai utama (primary value) kerana ia penting kepada JKSN/MSN selaku agensi pewujud untuk kegunaan urusan pentadbiran, perundangan dan kewangan JKSN/MSN.
Untuk memberikan perkhidmatan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran yang cekap dan efisyen yang mengandungi maklumat penting asal usul jabatan, organisasi, fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh JKSN/MSN, di mana menarik minat penyelidik yang ingin mengetahui sumbangan JKSN/MSN dalam sejarah sosio ekonomi Negara
Membantu dan memberi pandangan kepada jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang sistematik dan berkesan
FUNGSI
Melaksanakan pengurusan fail tidak aktif dan tamat tindakan.
Melaksanakan pengumpulan rekod-rekod Alasan Penghakiman dari Jabatan untuk penyediaan Jurnal Hukum dan rujukan mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
Melaksanakan penyediaan dan penghantaran laporan bulanan dan tahunan berkaitan pengurusan rekod.
Melaksanakan aktiviti pelupusan rekod awam tidak aktif mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Melaksanakan proses penjilidan dokumen-dokumen untuk rujukan/simpanan di Jabatan.
Melaksanakan pengurusan mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod Jabatan.
Melaksanakan pemantauan penyenggaraan rekod awam di Jabatan supaya selamat dan terpelihara mengikut piawaian yang ditetapkan.
Mengadakan siri pemantauan berkala ke mahkamah daerah dalam usaha memberi khidmat nasihat, menyelaras dan menyeragamkan segala proses berkaitan pengurusan rekod di Jabatan.
Melaksanakan pemantauan pengumpulan bahan-bahan cetakan terpilih yang dikeluarkan oleh Jabatan dan penghantaran ke Arkib Negara Malaysia/Arkib Negeri/Pustaka Negeri bagi simpanan kekal.
Melaksanakan latihan pengurusan rekod dengan kerjasama Bahagian/Seksyen/Unit Latihan.
Melaksanakan proses penyediaan dan pengedaran panduan dan risalah secara berkala berkenaan pengurusan rekod semasa di Jabatan.
Melaksanakan pengumpulan rekod bahan-bahan berkaitan sejarah perundangan Islam, penubuhan mahkamah dan tokoh-tokoh pentadbir di Jabatan.
Melaksanakan perkhidmatan pemuliharaan rekod akibat bencana.
Penjilidan Fail Jenayah
Penjilidan Fail Mal
Penyimpanan Fail Tidak Aktif
Kaunter Seksyen Rekod
Ruang Penyimpanan Fail
Ruang Legar
Ruang Kajian
Ruang Penyimpanan Fail