Carian Fail
Merupakan sistem carian dan semakan status kedudukan fail secara atas talian.
Fungsi :
Untuk mengetahui status kedudukan fizikal fail sama ada berada pada lokasi dewan atau Seksyen Rekod.
Untuk mengetahui status pergerakan fail bagi memudahkan pengesanan fail.
Untuk mengetahui kedudukan fail sama ada fail fizikal masih wujud atau telah dijilidkan.
Penyemakan fail boleh dibuat oleh semua pegawai dan kakitangan yang ingin mengetahui status fail.
Pinjaman Fail
Merupakan sistem temujanji pengambilan secara atas talian bagi menggantikan permohonan pinjaman yang dibuat secara manual melalui buku rekod pinjaman.
Fungsi :
Untuk mengemukakan permohonan pinjaman dan pengambilan fail secara atas talian.
Membuat temujanji pengambilan fail berdasarkan maklumat yang dikehendaki.
Memudahkan urusan pemantauan pinjaman keseluruhan.
Semakan Pendigitalan Dokumen
Merupakan satu alternatif bagi penyimpanan dokumen kekal yang dibuat secara pendigitalan. Semakan status dokumen yang wujud dan disimpan di Seksyen Rekod secara fizikal dan salinan pendua boleh disemak melalui nombor kes pihak-pihak.
Fungsi :
Untuk menyemak status dokumen pelupusan yang disimpan kekal melalui scan. (Dokumen yang ditanda "- " bermaksud tiada dari fail fizikal).
Untuk mengetahui dokumen yang wujud dan disimpan sebagaimana ketetapan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian (Perintah/Alasan Penghakiman/Catatan Hakim).
Untuk mengetahui dokumen kes simpanan kekal yang telah digitalkan.