Tarikh: 25 Ogos 2022

Hari: Khamis

Masa: (8.00 - 10.00) pagi

Lokasi: Dewan Seri Keledang, Pusat Latihan Kokurikulum, IPGKI

Nama Pensyarah: En. Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 orang (10 Lelaki, 8 Perempuan)

*kehadiran penuh

Laporan Aktiviti

Perjumpaan pada minggu ketiga dimulakan dengan aktiviti kawad kaki pada jam 8 pagi di padang kawad, PULAKO. Kemudian, komander memberikan arahan kawad seperti bergerak ke kanan, bergerak ke kiri, menghadap ke belakang dan meluruskan barisan. Seterusnya, guru penasihat unit uniform masing-masing memeriksa perbarisan kawad pelajar sebelum melepaskan pelajar kepada aktiviti seterusnya. Aktiviti kawad kaki diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.

Kemudian, semua pelajar dikehendaki pergi ke tempat perjumpaan masing-masing. Dewan Seri Keledang menjadi lokasi perjumpaan unit W12. En. Krishna mengarahkan Nawal Syahira selaku ketua BSMM W12 untuk membahagikan tajuk tugasan serta arahan kawad mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan, diberikan sekurang-kurangnya 11 arahan kawad yang perlu dilaksanakan.

Seterusnya, kami diberikan kebenaran oleh En. Krishna untuk berlatih kawad di padang sebelah Dewan Seri Keledang dalam kumpulan masing-masing. Selesai latihan kawad, semua kumpulan berkumpul semula di dalam Dewan Seri Keledang untuk sesi pembelajaran serta amali cara ikatan buku sila serta cara membalut anduh pada lengan pesakit.

Refleksi

Arahan kawad perlulah diingati dan difahami dengan betul sebelum memulakan arahan kawad agar suara yang dilontarkan lebih jelas dan yakin. Cara ikatan buku sila pada anduh hendaklah dilakukan dengan betul agar tidak lebih menyakiti pesakit serta membuatkan pesakit berasa lebih selesa dan selamat.