Tarikh: 18 Ogos 2022

Hari: Khamis

Masa: (8.00 - 10.00) pagi

Lokasi: Dewan Seri Keladang, Pusat Latihan Kokurikulum, IPGKI

Nama Pensyarah: En. Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 orang (10 Lelaki, 8 Perempuan)

*kehadiran penuh

Laporan Aktiviti

Pada jam 8.00 pagi, semua pelajar termasuk unit beruniform lain seperti Pengakap, Pandu Puteri dan Kadet Remaja turut serta dalam aktiviti kawad kaki di Padang Kawad, Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO). Terdapat seorang komander daripada kalangan pelajar yang memberi arahan kepada pelajar yang lain untuk masuk ke dalam baris dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.

Selepas sesi kawad, pelajar-pelajar akan berpecah mengikut unit uniform masing-masing untuk bergerak ke tempat perjumpaan masing-masing. Bagi uniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), kami dikehendaki berkumpul di tepi Dewan Seri Kledang. Kemudian, En. Krishna memberikan penjelasan kepada kami mengenai perlantikan struktur organisasi BSMM. Kami turut berbincang mengenai lokasi perkhemahan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan pada minggu seterusnya. En. Krishna turut berkongsi mengenai cara-cara untuk 'survive' ketika di dalam hutan.

Seterusnya, aktiviti pada minggu 2 dilanjutkan dengan sesi perlantikan ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Nawal Syahira binti Mohd Fauzi yang merupakan ketua pasukan BSMM W12. Kemudian, sesi undian untuk lokasi melaksanakan perkhemahan unit beruniform dijalankan dan hasilnya, Kem Intan Suraya mendapat jumlah undian tertinggi. Pemilihan ahli kumpulan juga dilaksanakan melalui cabutan nombor undi yang melibatkan semua pelajar. Kesannya, 4 kumpulan pelajar dibentuk bagi memudahkan perjalanan aktiviti pada minggu seterusnya.


Refleksi

Saya dapat mengikuti gerakan asas kawad kaki dengan baik kerana ia tidak melibatkan pergerakan yang rumit. Saya juga telah mencadangkan diri dan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Kesukarelawan. Saya berasa seronok untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan saya iaitu kumpulan 1 yang terdiri daripada Ahmad Iqbal Fikri, Nurin Tihani dan Hany Farina. Akhir sekali, saya akan lebih bersedia dengan perkara-perkara yang akan dipelajari dan dilakukan pada minggu seterusnya agar lebih fokus.