Tarikh: 8 Ogos 2022

Hari: Isnin

Masa: (5.00 - 7.00) petang

Lokasi: Dewan Seri Keladang, Pusat Latihan Kokurikulum, IPGKI

Nama Pensyarah: En. Krishna Kumar A/L Varatharaj

Kehadiran: 18 orang (10 Lelaki, 8 Perempuan)

*kehadiran penuh


Laporan Aktiviti

Antara pengisian aktiviti yang dilakukan sepanjang perjumpaan kali pertama bersama En. Krishna Kumar A/L Varatharaj adalah mendengar taklimat ringkas berkenaan isi kandungan Rancangan Maklumat Kursus (RMK) Kokurikulum - Unit Uniform (MPU3062). Beliau juga menjelaskan berkenaan cara-cara menghasilkan buku log. Terdapat pelbagai maklumat penting mengenai Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang diceritakan secara ringkas oleh Encik Krishna seperti perlembagaan BSMM, sejarah Henry Dunant dan peti pertolongan cemas. Selain itu, beliau turut mengajar kami mengenai cara mendaftar untuk menjadi Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia melalui pautan yang telah dikongsikan pada aplikasi Telegram kepada semua pelajar.

Refleksi

Perjumpaan kali pertama ini sememangnya mengingatkan saya kembali kepada maklumat-maklumat berkenaan Persatuan Bulan Sabit Merah ketika di sekolah menengah. Hal ini kerana, ketika di sekolah menengah, saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Justeru, saya lebih mudah menggambarkan perkara-perkara yang dibincangkan oleh En. Krishna mengenai Bulan Sabit Merah. Saya juga mencatat isi-isi penting berkenaan Bulan Sabit Merah yang diceritakan oleh En. Krishna pada buku nota MPU3062.