1. Perkhemahan ringkas

    • Untuk 3 atau 4 orang ahli ditempat tinggal mereka.

    • Kebiasaannya dilakukan pada hujung minggu.

    • Lazimnya, dilakukan selama satu malam atau dua malam.

    • Bertujuan mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau sekadar untuk perkhemahan sahaja.

  2. Perkhemahan kumpulan

    • Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol.

    • Dihadiri oleh sekumpulan ahli.

    • Dijalankan selama dua atau tiga hari.

    • Lazimnya, diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan.

  3. Perkhemahan secara besar-besaran

    • Dianjurkan oleh Majlis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia.

    • Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta.

    • Dikenali sebagai 'jambori'

    • Diadakan 4 tahun sekali.

    • Mengambil masa 3 - 7 hari.

Jenis-jenis Khemah

Khemah Satu Tiang

  • Ringan, senang didirikan dan sesuai digunakan untuk perkhemahan ringkas.

  • Memuatkan 1 - 2 orang penghuni sahaja.

  • Ditegakkan dengan menggunakan satu tiang sahaja.

Khemah Bentuk A

  • Memuatkan 3 - 6 penghuni.

  • Digunakan untuk perkhemahan ringkas dan perkhemahan kumpulan.

  • Ditegakkan dengan menggunakan 2 batang tiang dan 1 batang galang (bumbung).

Khemah Bentuk Dinding

  • Sesuai untuk perkhemahan kumpulan.

  • Sama dengan khemah bentuk A,tetapi mempunyai penahan angin atau hujan di bahagian tepinya.

  • Untuk 5 - 6 orang.

Khemah Ridge

  • Mempunyai sepadan yang lebih panjang dan luas daripada khemah-khemah lain.

  • Sesuai di kawasan pergunungan dan di tepi sungak.

  • Memuatkan 4 - 7 orang.