Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan. Pengetahuan tentang kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

Objektif Perkhemahan

  • Menggalakkan ahli BSMM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan.

  • Mendedahkan ahli BSMM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak perkhemahan.

  • Memberikan kesedaran kepada ahli BSMM tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.