Prinsip-prinsip asas kemoralan

Prinsip Keadilan

Penerokaan Maklumat

Arahan: Baca keterangan berikut.

Keadilan bermaksud saksama, meletakkan kebenaran sebagai pegangan dan prinsip.

Keadilan menyebabkan seseorang menghormati hak orang lain, tidak sombong, tamak dan menyalahgunakan kebebasan. Berkelakuan adillah dalam semua perkara dan situasi walaupun perkara itu dianggap kecil dan remeh.

Prinsip keadilan moral ini merentas budaya, bangsa, agama dan keturunan. Keadilan perlu dijelmakan dalam segenap kehidupan kita iaitu keadilan menyeluruh kepada semua makhluk termasuklah alam sekitar dan haiwan kerana adil adalah nilai universal yang mensejahterakan seluruh alam semesta ini.

Keadilan juga bermaksud 'memihak kepada kebenaran' dan 'tidak berat sebelah' semasa menentukan tindakan. Keadilan boleh diperlihatkan dalam situasi-situasi seperti tidak menyusahkan orang lain, membantu insan memerlukan, beratur tertib dan tidak berebut-rebut, saling bekerjasama dan mengelak amalan plagiarisme dalam bidang akademik.

Perbincangan seterusnya adalah tentang Prinsip altruisme.