Dimensi Moral

Pengenalan

Modul ini memperkenalkan dimensi moral iaitu penaakulan moral, perasaan moral serta perlakuan moral, prinsip-prinsip asas kemoralan iaitu prinsip autonomi, keadilan serta altruisme, dan orientasi moral iaitu kepedulian serta keadilan.

Objektif

Setelah melengkapkan modul ini, anda seharusnya dapat:

  • menghuraikan penaakulan moral

  • menghuraikan perasaan moral

  • menghuraikan perlakuan moral

  • menghuraikan prinsip autonomi

  • menghuraikan prinsip keadilan

  • menghuraikan prinsip altruisme

  • menghuraikan orientasi kepedulian

  • menghuraikan orientasi keadilan